BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010

buang...buang...buang...

salam buat sahabat2...
tiba2 je hati ni terdetik utk menulis tentang kes yg semakin menjadi2 pada masa skrg ni. Hampir setiap hari kita asyik terdengar berita2 mengenai kes2 pembungan bayi yg semakin menjadi2. Kes yg betul2 menyayat hati sy ialah kes bayi yg dibakar di dalam tong sampah di Ipoh pada 30/12/2009 yg lalu. Kdg2 terfikir...betapa kejamnya manusia2 di zaman ini yg sanggup melakukan apa saja terhadap bayi yg tidak berdosa tu. Di mana hilangnya sifat perikemanusiaan yg ada dlm diri kita? Tak pernah terlintas ke balasan yg akan diterima di alam barzakh nanti apabila kita membunuh insan yg tidak berdosa? Kenapa tergamak manusia memperlakukan perkara yg dilarang oleh agama? Kenapa semua ini berlaku? Seribu satu persoalan yg timbul mengapa kes2 pembuangan bayi ini terjadi....Sedih dan terharunya bila kandungan yg dikandungkan susah payah selama 9 bulan tu dibuang dan dibakar begitu saja...Dimanakah hilangnya iman dan akal yg telah dianugerahkan Allah kepada insan yg bernama manusia sehingga tergamak memperlakukan bayi tersebut?
Terbaru kes dilaporkan oleh Harian Metro, seorang bayi yg mati disumbat dalam pam tandas yg berlaku di Johor Bahru...nauzubillah...sedih dan hiba hati ni bila membaca berita tersebut. Sampainya hati seorang ibu sehingga sanggup menyumbatkan bayi tersebut dlm pam tandas. Astaghfirullah alazim...
Tak terfikir kah mereka dgn pasangan2 yg sudah berkahwin bertahun2 tapi tidak dikurniakan cahaya mata...
Bayi tersebut tak pernah meminta utk dilahirkan didunia...Bayi tersebut tidak pernah bersalah...Bayi tersebut terlalu suci seperti kain putih...Tapi kenapa manusia begitu kejam?
Siapa yg perlu dipersalahkan? Ibubapa bayi tersebut seharunya berfikir panjang sebelum membuat tindakan2 yg salah disisi agama. Kebanyakan kes2 seperti ini adalah berpunca daripada golongan2 remaja yg terlalu bebas dgn kehidupan masing2. Masing2 alpa dan lupa kepada Pencipta...Remaja2 kini tidak pernah berfikir panjang atas tindakan yg mereka lakukan. Apa yg mereka inginkan cuma keseronokan hidup sebagai pasangan kekasih yg akhirnya terpaksa mengorbankan nyawa seorang insan yg tidak berdosa utk menutup malu mereka pada masyarakat sekeliling.
Wahai sahabat2 sekalian, sekiranya anda adalah golongan remaja, maka sedarlah dgn nikmat2 yg telah dikurniakan Allah kepada kita. Kita diberikan akal utk berfikir dan membezakan kebaikan dan kesalahan. Seandainya anda adalah seorang ibu atau bapa, didiklah anak2mu menjadi insan yg berguna. Penuhilah didikan agama kepada anak2mu agar mereka tidak tersesat di kemudian hari....
Saya juga bukannya insan yg sempurna tapi sy ingin mengingatkan diri sy serta menyeru sahabat2 agar kita dpt sama2 berdoa kepada Allah agar kes2 seperti ini tidak akan berulang lagi....

0 comments: