BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 19, 2010

Selamat Jalan

Assalamualaikum WBT buat sahabat2 tercinta ;)
Dah seminggu cuti raya cina ni tapi nampaknya blog ni tetap tak update2 lagi...Seribu kemaafan dipohon buat readers yg mungkin ada menunggu entri2 dari sha. Actually, cuti tahun baru cina agak sibuk sikit sebab sha kena balik kg arwah ayah sebab ada sepupu sha yg melangsungkan perkahwinannya. Dua beradik serentak. Tapi malangnya sha x berkesempatan utk mellihat acara pernikahan disebabkan flight kami sekeluarga tiba di sana sebaik sahaja selesai upacara akad nikah. Takpe la, mungkin takde rezeki kami tapi apa2 pun alhamdulillah, upacara akad nikah berjalan dgn lancar. Sesampai je di sana, kami sekeluarga dihidangkan dgn masakan menu ala2 kampung. Memang seronok sgt dpt rasa gulai daging lembu yg fresh ;)
Esoknya pulak, majlis kenduri bagi kedua2 belah pihak pengantin perempuan diajalankan. Sha ada jugak sempat snap beberapa keping gambar tapi x berkesempatan utk memuat turunkan gmbr2 tu kat dlm blog sha ni. Sha juga ditugaskan utk membantu abg2 dan adik2 penanggah yg juga terdiri daripada adik sha utk memastikan pinggan mangkuk, gelas dan lauk-pauk sentiasa mencukupi utk tetamu yg datang. Sha juga ditugaskan utk menyediakan meja mkn pengantin. Bak kata org, sha ni kira org penting jugak la dlm majlis tu. Hehehe...
Malam yg cukup memenatkan bagi sha tapi sempat juga duk bersembang sambil melihat raja sehari membuka2 hadiah masing2. Mcm2 hadiah yg diorang dapat. Seronoknya kalu sha dpt hadiah bnyk2 mcm tu. Tapi x tahu la bila...huhu...
Esoknya pagi2 lagi dah ajak paksu jalan2 bandar Kuala Terengganu utk menjamu mata melihat design2 batik terkini kat Pasar Payang. Maklum la cuti umum, jalan ke bandar pun jadi sesak sgt2. Jem di sana sini. Apa2 pun shopping tetap shopping. Hehehe...Sempat jugak la sha beli beberapa helai baju batik dan kaftan utk tido mlm. Hehehe...Ptg tu sempat jugak kami singgah di Losong utk membeli keropok lekor. Memang x sah kalu x beli keropok lekor kat Losong kalu dah sampai kampung. Itu syarat wajib kalu sha dan family balik kg. Hehehe...Mlm tu kami bergegas ke Airport Sultan Mahmud pulak takut terlepas flight. Minta2 flight x delay mcm waktu pergi aritu. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar....
Esoknya pulak 16 Februari 2010, makcik dan pakcik sha serta dua org anak mereka akan berangkat utk menunaikan umrah. Eeee...seronoknya kalu dpt sama2 join diorang pegi sana. Sha ada juga bgtau mak tentang keinginan sha utk pergi ke tanah suci lagi pada tahun ni. Mak pun ada bgtau sha tentang keinginannya. "InsyaAllah mak, kalau ada rezeki kita akan ke sana lagi"....
Bila terdengar bacaan2 ayat2 suci al-Quran, membuatkan sha rindu sgt2 utk menziarah Baitullah....sha rindu sgt2 dgn kenangan2 bila berada di sana. Sha rindu sgt nak beribadat di rumah Allah. Sha rindu sgt nak minum air zamzam. Sha rindu sgt2 segala2nya.....Moga sha dipanjangkan umur dan diberi kesempatan oleh Allah utk menziarahi Tanah Suci Mekah bersama2 mak suatu hari nanti...InsyaAllah.....
Selamat jalan dan selamat pulang buat Pakcik Roslan sekeluarga.....Semoga segala ibadahmu sekeluarga diterima dan diberkati oleh Allah...Aminn




0 comments: