BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 17, 2010

Dedikasi Air Mata...

Assalamualaikum buat follower yg setia dan menanti2kan entri terbaru dari blog mencari nur kasih ni....ribuan ampun dan maaf andainya sahabat2 tertunggu2 entri dari sy....Kekangan masa dan kesibukan kerja membuatkan sy agak tidak berkesempatan utk mencoretkan sepatah dua kata di blog ni sejak bulan februari yg lalu.

Kini kita berada di pertengahan bulan Mac dan begitu pantas rasanya masa berlalu pergi. Alhamdulillah cuti sekolah seminggu ni memberi kesempatan utk sy mencoretkan sesuatu utk tatapan sahabat2 tersayang....

Bila berbicara soal airmata, seringkali dikaitkan dgn hati dan perasaan terutama sekali kaum wanita. Kadangkala airmata terlalu mudah bercucuran tanpa kita sedari menitis satu persatu dari kelopak mata seseorang yg terlalu mudah tersentuh hatinya....Tapi bukan semua manusia dan wanita itu terlalu murah dgn airmata....Tapi bagi diri saya, terus terang sy katakan, saya merupakan seorang wanita yg terlalu mudah utk menitiskan airmata...huhu....Tapi bukan utk cerita hindustan tau....Kadangkala bila sedang asyik menonton cerita sedih, tiba2 tanpa disedari airmata membasahi pipi...Malu jugak bila org sekeliling tgk kita nangis tapi itu bukan kehendak sy...Ia menitis tanpa dipaksa2. Sy rasa terlalu sedih bila seseorang merasakan airmata yg keluar dari mata ini hanya sekadar lakonan....huhu....

Sebab tu org selalu kata, "Jangan menangis kerana ditinggakan kekasih tapi biarlah airmata ini mengalir kerana takut padaNya"....Airmata juga merupakan suatu kurniaan Allah yg perlu disyukuri tapi ingat! Bukan utk dibazirkan atas perkara yg tidak mendekatkan diri padaNya. Tetapi, apa makna airmata yg tumpah, kenapa ia mengalir, hanya hati sendiri yg mengalami dan mengetahui. Ini soal rasa dan perasaan. Ia merupakan fitrah manusia yg dikurniakan Allah sabagai salah satu cara sistem jasad meluahkan perasaan.

Maksud Sabda Rasullullah SAW;
"Tidak akan masuk api neraka siapa yg menangis karena takut kepada Allah"

Maksud Sabda Rasullullah SAw;
"Demi Allah, seandainya kamu menegtahui apa yg aku ketahui nescaya kamu akan sedikit tertawa dan akan bnyk menangis".[Hadisriwayat At-Tirmizi]

Tidak perlu membazirkan airmata atas ketentuan takdir. Cita2 yg tidak tercapai usah ditangiskan, kerana apa yg dicapai sekarang adalah yg terbaik yg ditakdirkan utk diri. Tidak perlu menangis keterlaluan kerana cinta tak berbalas kerana Allah telah menentukan manusia yg lebih baik sebagai jodoh yg telah Tuhan tetapkan. Tidak perlu menangis kerana terpisah dari org2 tersayang kerana Allah tidak pernah terpisah dari hati yg menjadikan Dia sebagai pencinta uatama. 


Jika tidak mampu juga menahan airmata, menangislah...namun jangan sampai mempersoalkan ketentuan Allah. Tangisan atas rasa rendah hati, atas rasa tidak mampu lalu dengan rasa tersebutu, terzahir ucapan penyerahan dan pengaduan kepada-Nya.


"Tangisan ini bukan kerana aku mempersoalkan atau mempertikai ketentuan-Mu ya Allah tetapi kerana lemahnya aku mengendali diri. Kuatkan imanku, berikan hidayah kepadaku dan limpahkankanlah Rahmat-Mu sebagai bekalan hidupku Ya Allah..."

Semoga Allah akan memberi petunjuk tangisan mana yg patut dihentikan dan tangisan  mana yg perlu diteruskan....

Ulama terkenal, Ibnu Qayyim menyenaraikan 10 jenis tangisan manusia:
1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Tangisan kerana rasa takut.
3. Tangisan kerana cinta
4. Tangisan kerana gembira
5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan
6. Tangisan kerana terlalu sedih
7. Tangisan kerana rasa hina dan lemah
8. Tangisan untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Tangisan kerana terikut2 atau terpengaruh dgn tangisan org lain
10. Tangisan org munafik yg penuh kepura-puraan...

Sumber : Majalah Nur

0 comments: