BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 22, 2010

Rindu laa...

Salam buat sahabat2....

Rindu la...rindu sangat2 dgn blog ni...coz dah lama x meluangkan masa dgn entri2 yg bermanfaat...lately bz sgt. Bnyk sgt keje dan tugasan yg kena disetelkan. Tu blum sambung study lagi tu...kalu dah further study nanti mcm mana la agaknya ek? Huhu...Time management yg x betul kot...hehe...

Tetiba je dapat SMS dari adik angkat ku sorang ni...tetiba je la teringat kat dia. Dah lama jugak x dengar citer dari dia semenjak dah berumahtangga ni tapi alhamdulillah dah dikurniakan seorang cahayamata dan kini bergelar seorang ayah. Syukur pada Allah. "I'm proud to be your sis, bro...Semoga kebahagiaanmu kekal buat selama2nya dik...Itu doa akak. Aminn" ;)

Bila teringat kat adik angkat sorang ni, teringat la pulak time study dolu2...Rindu sgt2 dgn kawan2 yg jadi teman kala susah dan senang. Seronok sgt bila ada teman yg betul2 dapat memahami diri ini. Masa study dulu xda plak couple2 ni. Entah la. Mungkin sbb sha ni yg x cukup cantik untuk dimiliki oleh sesiapa kot. Mungkin Allah je yg tau apa yg terbaik utk sha. Walaupun saat itu kawan2 semua dah ada couple2 masing2, tapi alhamdulillah ikatan persahabatan tu masih kekal. Kawan tetap kawan dan kekasih tetap kekasih. Kawan2 sha sentiasa ada bersama sha di saat sha memerlukan diorang. Itu yg membuatkan sha rindu sgt2 bila teringat kat diorang dan zaman masa study kat U dulu.

Kalau time bnyk assignment kena buat, sha la yg menjadi mangsa buruan coursemate2 sha especially boys. Sebab apa ek? Sebab sha ni dulu ulat buku n apa2 assignment especially subjek 'hydraulics', sha la org pertama yg siap. Bila dah siap tu apalagi... Kawan2 semua pun nak copy n paste la. Last2 masa discussion, lecturer pun pelik kenapa jawapan students dia semuanya sama. Hehe...Lecturer pun pandang sha dan sha hanya mampu tersenyum. Lecturer pun dah faham sgt2 dgn perangai student2 dia. Hehe...Biasa la anak emas lecturer smpai ada coursemate sha yg kata sha ada affair dgn dia. Ish...x baik betul coursemate2 sha tu kan? Biasa la tu, perasaan dengki dan iri hati tu x penah lekang dari sifat manusia. Tambahan pulak, sha dianugerahkan 'The Best Thesis' under the same lecturer...Lagi la bertambah hangat diperkatakan tentang sha. Tapi alhamdulillah sha bersyukur sgt dapat lecturer mcm tu yg betul2 mengambil berat tentang diri sha sepanjang sha menyiapkan thesis tu. Tapi sha minta maaf sgt2 pada Prof sbb sha x mmpu nak teruskan bidang 'Hydraulics Engineering' yang menjadi minat sha suatu masa dulu sbb rezeki sha adalah seorang menjadi seorang pendidik seperti prof jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti sha ingat nak further study dlm bidang tu supaya ilmu yg sha pelajari sebelum ni dapat digunakan sebaik2 nya dan mungkin sha berubah profesion menjadi seorang lecturer suatu masa nanti.....InsyaAllah...Aminnn ;)

Wednesday, January 13, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Pilu hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih
Kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..

Sunyi sepi je...

Assalamualaikum buat sahabat2 yg setia menanti kehadiran entri2 baru dlm blog nurkasih ni...

First of all, sha mohon ampun dan maaf andainya ada yg ternanti2 kan entri dari sha yg dah agak lama mendiamkan diri dan menyepikan diri dari dunia cyber ni...Sha bukannya apa, cuma kebelakangan ni ada bnyk keje2 sha yg memerlukan lebih perhatian dan bagi sha, priority adalah kepada tugas dan tanggungjawab...itu yg paling utama dlm hidup sha. Terlalu bnyk benda yg perlu sha fikirkan sejak kebelakangan ni memandangkan musim persekolahan pun baru je bermula untuk sesi 2010 ni. Sha bukan saje2 mendiamkan diri atau perlu memberi lebih komitmen kepada sesiapa, hidup sha masih macam dulu, hanya bertemankan buku2 dan kebelakangan ni sha mula tertarik utk membaca buku2 yg berunsurkan keagamaan....sebab apa ek? Mungkin inilah masanya utk sha berubah menjadi insan yg lebih baik daripada yg sebelumnya kot. Itulah salah satu harapan dan azam sha utk tahun 2010 ni. Cuba utk memperbaiki diri dan berhijrah untuk menjadi insan yg lebih baik pada tahun 2010 ni. InsyaAllah...Dengan bimbingan buku2 ilmiah yg menjadi teman baik sha, terutamanya buku 'La Tahzan', sha akan sentiasa berusaha utk mencuba untuk mencapai impian sha. InsyaAllah....

Sesi persekolahan pada tahun ni sangat2 mencabar bagi diri sha. Terlalu bnyk tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan kepada sha. Mungkin sebab sha ni masih bujang, dan sebab itulah sha perlu lebih komited pada keje2 sha. Sha akan cuba untuk memberikan yg terbaik dlm tugas2 yg telah diamanahkan pada sha. InsyaAllah...

Tak lama lagi umur sha akan bertambah lagi setahun. Mmm...rasanya dah cukup tua utk bergelar 'cik' kot. Bila la agaknya title tu nak hilang ek? Entah la, sha pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ni, sha tak mampu nak fikirkan benda2 yg pastinya sudah ditentukan olehNya. Dia pastinya sudah merancang apa yg terbaik utk diri sha dan sha hanya mampu berdoa dan menyerahkan segala2nya padaNya dan sha sentiasa redha atas ketentuanNya...insyaAllah...

K la...rasanya cukup lah setakat ni dulu entri sha buat kali ni sebab still ada bnyk lagi keje2 sha yg tgh memanggil2 nama sha....hehehe...InsyaAllah, kalau ada kelapangan nanti sha pasti akan 'update' kan blog sha ni...InsyaAllah....
Cuma apa yg sha harapkan agar sahabat2 dapat mendoakan yg terbaik utk diri sha dan kehidupan sha di dunia dan di akhirat nanti....insyaAllah.....aminnn