BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Salam buat sahabat2 dan teman2...

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya, kita diberikan kesempatan utk menyambut tahun baru 1431H. Dan alhamdulillah juga 1 Muharram 1431H telah jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Inilah masa yg paling sesuai utk kita memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati kita utk lebih mendekatkan diri padaNya. Manusia kadangkala terlupa dan terlalai dgn nikmat dunia. Kita sering mengagung2kan sambutan tahun baru Masehi tapi kita lupa utk menyambut tahun baru Hijrah. Sebagai tanda kita menyambut tahun baru Hijrah, maka adalah lebih baik utk kita sama2 membaca doa akhir tahun selepas waktu asar tadi, dan selepas maghrib pula membaca doa awal tahun. Semoga Allah menjauhkan kita dari segala hasutan syaitan sepanjang tahun hijrah 1431H ini. InsyaAllah...

Dan seharusnya kita menyimpan azam utk tahun baru ini seperti tahun2 yg sebelumnya juga. Saya juga seperti rakan2 yang lain, juga mempunyai azam dan impian saya yg tersendiri. Saya berharap agar saya dapat berubah menjadi insan yg lebih baik dan dapat meningkatkan amalan2 kebaikan dan kebajikan utk bekalan di alam akhirat nanti. Di samping, dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan saya pada Yang Maha Esa. InsyaAllah...

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1431H buat semua kawan2 dan sahabat2 yg sudi mengikuti blog MENCARI NUR KASIH ini. Semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaanNya. Amin Ya Rabbal Alamin...

14 comments:

Jejaka Kejora said...

Selamat tahun baru puteri, nak tanya puteri dah baca doa awal tahun & akhir tahun tadi?

Mohd.Taufiq said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jejaka Kejora said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohd.Taufiq said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Semoga tahun baru ini kita akan terus dirahmati Allah...


Salam Ma'al Hijrah...!

Unknown said...

semoga kesalahan yg kita lakukan pada tahun lepas,semuanya telah diampunkan oleh Allah dan semoga tahun yg baru mendatang ini memberikan kita lebih taqwa dan iman yg lebih mantap

Jejaka Kejora said...
This comment has been removed by a blog administrator.
puteri92 said...

insyaAllah iqbal..aminnn ;)

Jejaka Kejora said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jejaka Kejora said...

Salam maal hijrah to you ...

Gempita Batisah said...

Selamat menyambut maah hijrah to sha, semoga tahun ini akan memberi pandangan yg baru kepada sha ...

puteri92 said...

thanks jejaka kejora dan gempita batisah ;)

Mohd.Taufiq said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohd.Taufiq said...
This comment has been removed by a blog administrator.