BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 13, 2010

Sunyi sepi je...

Assalamualaikum buat sahabat2 yg setia menanti kehadiran entri2 baru dlm blog nurkasih ni...

First of all, sha mohon ampun dan maaf andainya ada yg ternanti2 kan entri dari sha yg dah agak lama mendiamkan diri dan menyepikan diri dari dunia cyber ni...Sha bukannya apa, cuma kebelakangan ni ada bnyk keje2 sha yg memerlukan lebih perhatian dan bagi sha, priority adalah kepada tugas dan tanggungjawab...itu yg paling utama dlm hidup sha. Terlalu bnyk benda yg perlu sha fikirkan sejak kebelakangan ni memandangkan musim persekolahan pun baru je bermula untuk sesi 2010 ni. Sha bukan saje2 mendiamkan diri atau perlu memberi lebih komitmen kepada sesiapa, hidup sha masih macam dulu, hanya bertemankan buku2 dan kebelakangan ni sha mula tertarik utk membaca buku2 yg berunsurkan keagamaan....sebab apa ek? Mungkin inilah masanya utk sha berubah menjadi insan yg lebih baik daripada yg sebelumnya kot. Itulah salah satu harapan dan azam sha utk tahun 2010 ni. Cuba utk memperbaiki diri dan berhijrah untuk menjadi insan yg lebih baik pada tahun 2010 ni. InsyaAllah...Dengan bimbingan buku2 ilmiah yg menjadi teman baik sha, terutamanya buku 'La Tahzan', sha akan sentiasa berusaha utk mencuba untuk mencapai impian sha. InsyaAllah....

Sesi persekolahan pada tahun ni sangat2 mencabar bagi diri sha. Terlalu bnyk tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan kepada sha. Mungkin sebab sha ni masih bujang, dan sebab itulah sha perlu lebih komited pada keje2 sha. Sha akan cuba untuk memberikan yg terbaik dlm tugas2 yg telah diamanahkan pada sha. InsyaAllah...

Tak lama lagi umur sha akan bertambah lagi setahun. Mmm...rasanya dah cukup tua utk bergelar 'cik' kot. Bila la agaknya title tu nak hilang ek? Entah la, sha pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ni, sha tak mampu nak fikirkan benda2 yg pastinya sudah ditentukan olehNya. Dia pastinya sudah merancang apa yg terbaik utk diri sha dan sha hanya mampu berdoa dan menyerahkan segala2nya padaNya dan sha sentiasa redha atas ketentuanNya...insyaAllah...

K la...rasanya cukup lah setakat ni dulu entri sha buat kali ni sebab still ada bnyk lagi keje2 sha yg tgh memanggil2 nama sha....hehehe...InsyaAllah, kalau ada kelapangan nanti sha pasti akan 'update' kan blog sha ni...InsyaAllah....
Cuma apa yg sha harapkan agar sahabat2 dapat mendoakan yg terbaik utk diri sha dan kehidupan sha di dunia dan di akhirat nanti....insyaAllah.....aminnn

2 comments:

sweet lady said...

hai lama menghilang.....huhu

puteri92 said...

ada je kat sini....bz sket..bnyk sgt keje....huhu