BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 12, 2010

cinta laura...

assalamualaikum buat kwn2 tersayang...
sha nak cerita tentang seorang artis dari seberang ni.....sha mula mengenali dia masa sha menonton cerita sinetron indonesia "AIRMATA CINTA" yang dilakonkan oleh CINTA LAURA ni.....lakonannya betul2 berkesan sehinggakan sha byk menitiskan airmata...huhu...almaklum la org jiwang....hehe....
dgn raut wajahnya yg cute dan cantik tu juga membuatkan sha tertarik utk menonton drama sinetron lakonannya...hehe...dan mungkin disebabkan drama tersebut jugak namanya semakin popular di kalangan peminat2 di Malaysia....mana tahu kan?
apa2 pun tahniah buat CINTA LAURA kerana berjaya melakonkan watak CINTA dan LAURA dlm drama tersebut...=)

Sunday, March 28, 2010

Suratan...

Salam buat sahabat2....
Actually mlm semalam ada tgk filem pertama yg buat sy nangis teresak2 bila pertama kali tgk citer tu....Entah la...maybe sebab lakonan yg cukup mantap dan jalan cerita yg betul2 menyentuh hati dan perasaan seorang insan yg bernama wanita...huhu....
Mungkin juga sbb sy terlalu menghayati bait2 kata dari pengarah yg cukup berpengalaman membuatkan airmata jatuh bercucuran tanpa disedari....disamping lagu2 yg cukup2 membuatkan hati ini terharu dan sedih...
Filem tu juga mengingatkan sy kepada lagu yg pernah sy minati suatu masa dulu...ni yg nak share dgn kwn2ni...So, sape2 yg minat lagu ni try la download kat youtube k? =)  

Slam

Suratan

Segar di ingatan
Sejarah luka yang berlaku
Terpahat kenangan
Cerita cinta ku pada mu
Tiada duanya
Biar berjuta tidak sama
Indahnya cinta mu
Setulus budi mu pada ku

Telah ku terima
Suratan takdir Yang Esa
Cinta manusia
Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan
Moga terjawab persoalan
Apakah salah ku
Di mana silap mu

Sudah lumrah kehidupan
Tidak lepas kesalahan
Cinta yang menjadi korban... kesilapan

Saat yang silih berlalu
Masa tak akan kembali
Semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang
Segala kesilapan ku
Tidak terniat sekali melukai dirimu
Ku pohonkan doa
Semoga kau berbahagia
Tempoh hidup ini
Jalanan berduri
Nama mu biarkan abadi... di sini

Mudah-mudahan bersama
Keadaan yang berbeza
Di alam cinta yang kekal... selamanya

 

Wednesday, March 24, 2010

Rindu...

Salam buat sahabat2....
Actually ada banyak keje nak kena buat skrg ni tapi tetiba je jari jemari ni terlalu rajin nak menaip....hik3....Rasa mcm nak jiwang2 sikit mlm ni...huhu....Cuma nak kawan2 dengar lagu yg pernah popular suatu ketika dulu, masa zaman muda2 dolu2...hehe....mmm tapi bukan setakat dengar, cuba hayati sekali lirik dan senikata yg terlalu dalam maknanya....=)


Lestari

Rindu Di Puncak Mahligai

Selagi hayatku dikandung badan
Dirimu tak mungkin kupersiakan
Hanya padamu cinta yang bersemi
Seindahnya syurgawi
Begitulah sumpah hatiku ini
Di dalam sepi memuja dirimu
Bagaikan setia ombak dan pantai
Yang amat sukar dipisahkan
Cinta yang hadir bukan dipaksa
Lahirnya dari luhur budi
Salju terasa
Sebak melanda ke jiwa
Begitu hakikatnya terjadi
Cinta dan rindu jadi sakti
Engkau dan aku
Sama merintih
Kerana dia
Rindu di puncak mahligai
Bagai sembilu yang menghiris hati
Pedih membara kasih tak kesampaian
Menanti sentuhan belaianmu sayang
Padamu ku pinta
Agar kau menghargai rinduku
Padamu kuserahkan segalanya
Yang terbenam di dasar hatiku
Kerana engkau kekasihku
Selagi hayatku di kandung badan
Dirimu tak mungkin ku persiakan
Hanya pada mu cinta yang bersemi
Seindahnya harum syurgawi
Hanya pada mu cinta yang bersemi
Seindahnya harum...
Syurgawi

Sunday, March 21, 2010

Tahniah sahabat...=)


assalamualaikum buat sahabat2 tersayang....

First of all, sy ingin mengucapkan tahniah untuk sahabat sy yg melangsungkan perkahwinannya hari ni....Alhamdulillah dia dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan pada 19 Mac 2010 di kediamannya dan majlis persandingannya diadakan pada hari Sabtu, 20 Mac 2010. Tahniah lagi sekali buat sahabat tersayang yg pernah mengharungi susah senang hidup bersama pada suatu masa dulu. Terlalu bnyk kenangan waktu kita bersama dulu. Semuanya akan ku simpan dalam hatiku ini. Semoga jodohmu berkekalan hingga ke akhir hayat......Doakan kebahagiaan buat diriku jua...Amin Ya Rabbal Alamin....=) 

Wednesday, March 17, 2010

Dedikasi Air Mata...

Assalamualaikum buat follower yg setia dan menanti2kan entri terbaru dari blog mencari nur kasih ni....ribuan ampun dan maaf andainya sahabat2 tertunggu2 entri dari sy....Kekangan masa dan kesibukan kerja membuatkan sy agak tidak berkesempatan utk mencoretkan sepatah dua kata di blog ni sejak bulan februari yg lalu.

Kini kita berada di pertengahan bulan Mac dan begitu pantas rasanya masa berlalu pergi. Alhamdulillah cuti sekolah seminggu ni memberi kesempatan utk sy mencoretkan sesuatu utk tatapan sahabat2 tersayang....

Bila berbicara soal airmata, seringkali dikaitkan dgn hati dan perasaan terutama sekali kaum wanita. Kadangkala airmata terlalu mudah bercucuran tanpa kita sedari menitis satu persatu dari kelopak mata seseorang yg terlalu mudah tersentuh hatinya....Tapi bukan semua manusia dan wanita itu terlalu murah dgn airmata....Tapi bagi diri saya, terus terang sy katakan, saya merupakan seorang wanita yg terlalu mudah utk menitiskan airmata...huhu....Tapi bukan utk cerita hindustan tau....Kadangkala bila sedang asyik menonton cerita sedih, tiba2 tanpa disedari airmata membasahi pipi...Malu jugak bila org sekeliling tgk kita nangis tapi itu bukan kehendak sy...Ia menitis tanpa dipaksa2. Sy rasa terlalu sedih bila seseorang merasakan airmata yg keluar dari mata ini hanya sekadar lakonan....huhu....

Sebab tu org selalu kata, "Jangan menangis kerana ditinggakan kekasih tapi biarlah airmata ini mengalir kerana takut padaNya"....Airmata juga merupakan suatu kurniaan Allah yg perlu disyukuri tapi ingat! Bukan utk dibazirkan atas perkara yg tidak mendekatkan diri padaNya. Tetapi, apa makna airmata yg tumpah, kenapa ia mengalir, hanya hati sendiri yg mengalami dan mengetahui. Ini soal rasa dan perasaan. Ia merupakan fitrah manusia yg dikurniakan Allah sabagai salah satu cara sistem jasad meluahkan perasaan.

Maksud Sabda Rasullullah SAW;
"Tidak akan masuk api neraka siapa yg menangis karena takut kepada Allah"

Maksud Sabda Rasullullah SAw;
"Demi Allah, seandainya kamu menegtahui apa yg aku ketahui nescaya kamu akan sedikit tertawa dan akan bnyk menangis".[Hadisriwayat At-Tirmizi]

Tidak perlu membazirkan airmata atas ketentuan takdir. Cita2 yg tidak tercapai usah ditangiskan, kerana apa yg dicapai sekarang adalah yg terbaik yg ditakdirkan utk diri. Tidak perlu menangis keterlaluan kerana cinta tak berbalas kerana Allah telah menentukan manusia yg lebih baik sebagai jodoh yg telah Tuhan tetapkan. Tidak perlu menangis kerana terpisah dari org2 tersayang kerana Allah tidak pernah terpisah dari hati yg menjadikan Dia sebagai pencinta uatama. 


Jika tidak mampu juga menahan airmata, menangislah...namun jangan sampai mempersoalkan ketentuan Allah. Tangisan atas rasa rendah hati, atas rasa tidak mampu lalu dengan rasa tersebutu, terzahir ucapan penyerahan dan pengaduan kepada-Nya.


"Tangisan ini bukan kerana aku mempersoalkan atau mempertikai ketentuan-Mu ya Allah tetapi kerana lemahnya aku mengendali diri. Kuatkan imanku, berikan hidayah kepadaku dan limpahkankanlah Rahmat-Mu sebagai bekalan hidupku Ya Allah..."

Semoga Allah akan memberi petunjuk tangisan mana yg patut dihentikan dan tangisan  mana yg perlu diteruskan....

Ulama terkenal, Ibnu Qayyim menyenaraikan 10 jenis tangisan manusia:
1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Tangisan kerana rasa takut.
3. Tangisan kerana cinta
4. Tangisan kerana gembira
5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan
6. Tangisan kerana terlalu sedih
7. Tangisan kerana rasa hina dan lemah
8. Tangisan untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Tangisan kerana terikut2 atau terpengaruh dgn tangisan org lain
10. Tangisan org munafik yg penuh kepura-puraan...

Sumber : Majalah Nur

Sunday, February 28, 2010

buang...buang...buang...

salam buat sahabat2...
tiba2 je hati ni terdetik utk menulis tentang kes yg semakin menjadi2 pada masa skrg ni. Hampir setiap hari kita asyik terdengar berita2 mengenai kes2 pembungan bayi yg semakin menjadi2. Kes yg betul2 menyayat hati sy ialah kes bayi yg dibakar di dalam tong sampah di Ipoh pada 30/12/2009 yg lalu. Kdg2 terfikir...betapa kejamnya manusia2 di zaman ini yg sanggup melakukan apa saja terhadap bayi yg tidak berdosa tu. Di mana hilangnya sifat perikemanusiaan yg ada dlm diri kita? Tak pernah terlintas ke balasan yg akan diterima di alam barzakh nanti apabila kita membunuh insan yg tidak berdosa? Kenapa tergamak manusia memperlakukan perkara yg dilarang oleh agama? Kenapa semua ini berlaku? Seribu satu persoalan yg timbul mengapa kes2 pembuangan bayi ini terjadi....Sedih dan terharunya bila kandungan yg dikandungkan susah payah selama 9 bulan tu dibuang dan dibakar begitu saja...Dimanakah hilangnya iman dan akal yg telah dianugerahkan Allah kepada insan yg bernama manusia sehingga tergamak memperlakukan bayi tersebut?
Terbaru kes dilaporkan oleh Harian Metro, seorang bayi yg mati disumbat dalam pam tandas yg berlaku di Johor Bahru...nauzubillah...sedih dan hiba hati ni bila membaca berita tersebut. Sampainya hati seorang ibu sehingga sanggup menyumbatkan bayi tersebut dlm pam tandas. Astaghfirullah alazim...
Tak terfikir kah mereka dgn pasangan2 yg sudah berkahwin bertahun2 tapi tidak dikurniakan cahaya mata...
Bayi tersebut tak pernah meminta utk dilahirkan didunia...Bayi tersebut tidak pernah bersalah...Bayi tersebut terlalu suci seperti kain putih...Tapi kenapa manusia begitu kejam?
Siapa yg perlu dipersalahkan? Ibubapa bayi tersebut seharunya berfikir panjang sebelum membuat tindakan2 yg salah disisi agama. Kebanyakan kes2 seperti ini adalah berpunca daripada golongan2 remaja yg terlalu bebas dgn kehidupan masing2. Masing2 alpa dan lupa kepada Pencipta...Remaja2 kini tidak pernah berfikir panjang atas tindakan yg mereka lakukan. Apa yg mereka inginkan cuma keseronokan hidup sebagai pasangan kekasih yg akhirnya terpaksa mengorbankan nyawa seorang insan yg tidak berdosa utk menutup malu mereka pada masyarakat sekeliling.
Wahai sahabat2 sekalian, sekiranya anda adalah golongan remaja, maka sedarlah dgn nikmat2 yg telah dikurniakan Allah kepada kita. Kita diberikan akal utk berfikir dan membezakan kebaikan dan kesalahan. Seandainya anda adalah seorang ibu atau bapa, didiklah anak2mu menjadi insan yg berguna. Penuhilah didikan agama kepada anak2mu agar mereka tidak tersesat di kemudian hari....
Saya juga bukannya insan yg sempurna tapi sy ingin mengingatkan diri sy serta menyeru sahabat2 agar kita dpt sama2 berdoa kepada Allah agar kes2 seperti ini tidak akan berulang lagi....

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurrasul

salam buat sahabat2 setia mencari nurkasih...
rasanya belum terlambat utk saya mengucapkan salam maulidur rasul buat semua bersempena dgn hari keputeraan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW pada hari ini yg bersamaan 12 Rabiul Awwal 1431H. Semoga kita dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan yg baik buat kita semua....Rasulullah permata alam

Monday, February 22, 2010

BUNGA


actually, suka sgt2 dengan lagu "BUNGA" nyanyian EXISTS ni...cuba dengar dan hayati liriknya ;)

Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi

( 1 )
Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya


( 2 )
Ku mohon kan yang indah pada mu
 Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta

( 3 )
Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya


( ulang 2 & 3 2X )

( ulang 1 )

Sunday, February 21, 2010

Thank God I Found You

Thank God I Found You Lyrics
Artist(Band):Mariah Carey

(Mariah)
I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I've finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heart it would not subside
I felt like dying
Until you saved my life


(Chorus - all)
Thank God I found you
I was lost lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful i found you.




(98 Degrees)
I would give you everything
There's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
Because without you beside me I can't survive
Don't wanna try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
Cause I need you in my life


(Chorus - all)
Thank God I found you (I'm thanking you)
I was lost lost without you (so lost without you)
My every wish and every dream (every dream, every dream)
Somehow became reality
When you brought the sunlight (brought the sunlight)
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful I found you.


-Bridge- (Mariah & 98 Degrees)
See I was so desolate
Before you came to me
Looking back I guess it shows
That we were destined to shine
After the rain to appreciate
The gift of what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way


(Chorus - all)
Thank God I found you
I was lost lost without you (lost without you baby)
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life (whole life)
I'm overwhelmed with gratitude
Sweet baby I'm so thankful
I found you




(Chorus - all)
Thank God I found you
I'm lost lost without you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful
I found you


(Mariah)
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful I found you


(Mariah)
I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I've finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heart it would not subside
I felt like dying
Until you saved my life


(Chorus - all)
Thank God I found you
I was lost lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful i found you.




(98 Degrees)
I would give you everything
There's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
Because without you beside me I can't survive
Don't wanna try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
Cause I need you in my life


(Chorus - all)
Thank God I found you (I'm thanking you)
I was lost lost without you (so lost without you)
My every wish and every dream (every dream, every dream)
Somehow became reality
When you brought the sunlight (brought the sunlight)
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful I found you.


-Bridge- (Mariah & 98 Degrees)
See I was so desolate
Before you came to me
Looking back I guess it shows
That we were destined to shine
After the rain to appreciate
The gift of what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way


(Chorus - all)
Thank God I found you
I was lost lost without you (lost without you baby)
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life (whole life)
I'm overwhelmed with gratitude
Sweet baby I'm so thankful
I found you




(Chorus - all)
Thank God I found you
I'm lost lost without you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful
I found you


(Mariah)
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful I found you

Friday, February 19, 2010

Selamat Jalan

Assalamualaikum WBT buat sahabat2 tercinta ;)
Dah seminggu cuti raya cina ni tapi nampaknya blog ni tetap tak update2 lagi...Seribu kemaafan dipohon buat readers yg mungkin ada menunggu entri2 dari sha. Actually, cuti tahun baru cina agak sibuk sikit sebab sha kena balik kg arwah ayah sebab ada sepupu sha yg melangsungkan perkahwinannya. Dua beradik serentak. Tapi malangnya sha x berkesempatan utk mellihat acara pernikahan disebabkan flight kami sekeluarga tiba di sana sebaik sahaja selesai upacara akad nikah. Takpe la, mungkin takde rezeki kami tapi apa2 pun alhamdulillah, upacara akad nikah berjalan dgn lancar. Sesampai je di sana, kami sekeluarga dihidangkan dgn masakan menu ala2 kampung. Memang seronok sgt dpt rasa gulai daging lembu yg fresh ;)
Esoknya pulak, majlis kenduri bagi kedua2 belah pihak pengantin perempuan diajalankan. Sha ada jugak sempat snap beberapa keping gambar tapi x berkesempatan utk memuat turunkan gmbr2 tu kat dlm blog sha ni. Sha juga ditugaskan utk membantu abg2 dan adik2 penanggah yg juga terdiri daripada adik sha utk memastikan pinggan mangkuk, gelas dan lauk-pauk sentiasa mencukupi utk tetamu yg datang. Sha juga ditugaskan utk menyediakan meja mkn pengantin. Bak kata org, sha ni kira org penting jugak la dlm majlis tu. Hehehe...
Malam yg cukup memenatkan bagi sha tapi sempat juga duk bersembang sambil melihat raja sehari membuka2 hadiah masing2. Mcm2 hadiah yg diorang dapat. Seronoknya kalu sha dpt hadiah bnyk2 mcm tu. Tapi x tahu la bila...huhu...
Esoknya pagi2 lagi dah ajak paksu jalan2 bandar Kuala Terengganu utk menjamu mata melihat design2 batik terkini kat Pasar Payang. Maklum la cuti umum, jalan ke bandar pun jadi sesak sgt2. Jem di sana sini. Apa2 pun shopping tetap shopping. Hehehe...Sempat jugak la sha beli beberapa helai baju batik dan kaftan utk tido mlm. Hehehe...Ptg tu sempat jugak kami singgah di Losong utk membeli keropok lekor. Memang x sah kalu x beli keropok lekor kat Losong kalu dah sampai kampung. Itu syarat wajib kalu sha dan family balik kg. Hehehe...Mlm tu kami bergegas ke Airport Sultan Mahmud pulak takut terlepas flight. Minta2 flight x delay mcm waktu pergi aritu. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar....
Esoknya pulak 16 Februari 2010, makcik dan pakcik sha serta dua org anak mereka akan berangkat utk menunaikan umrah. Eeee...seronoknya kalu dpt sama2 join diorang pegi sana. Sha ada juga bgtau mak tentang keinginan sha utk pergi ke tanah suci lagi pada tahun ni. Mak pun ada bgtau sha tentang keinginannya. "InsyaAllah mak, kalau ada rezeki kita akan ke sana lagi"....
Bila terdengar bacaan2 ayat2 suci al-Quran, membuatkan sha rindu sgt2 utk menziarah Baitullah....sha rindu sgt2 dgn kenangan2 bila berada di sana. Sha rindu sgt nak beribadat di rumah Allah. Sha rindu sgt nak minum air zamzam. Sha rindu sgt2 segala2nya.....Moga sha dipanjangkan umur dan diberi kesempatan oleh Allah utk menziarahi Tanah Suci Mekah bersama2 mak suatu hari nanti...InsyaAllah.....
Selamat jalan dan selamat pulang buat Pakcik Roslan sekeluarga.....Semoga segala ibadahmu sekeluarga diterima dan diberkati oleh Allah...Aminn




Wednesday, February 10, 2010

Back to 80's

Salam...
Lately rasa mcm suka sgt dengar lagu2 80's...i dont know why....entah la, maybe sebab lagu2 lama je yg betul2 dalam maknanya n agak jiwang berbanding dgn lagu2 terkini...dan skrg ni pulak rasa mcm suka sgt2 dgn lagu2 IBNOR RIZA sampai hari2 dok main mp3 kat laptop ni....mcm ada 'something' je...hehe..takda la...Actually, sometimes kita kena jgak dengar lagu2 slow yg agak jiwang ni utk me'release'kan tension kita...ye tak? Rasanya lagu2 IBNOR RIZA tu la yg terbaik untuk didengar..hehehe
**Berdiri seorang perindu
**Mimpi yang tak sudah
**Mimpi kita berbeza
**Meneka dalam kesamaran

And this one is my favourite song....;)

Berdirinya Seorang Perindu

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu

Tuesday, February 9, 2010

Selamat Ulangtahun...

Salam...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah dan kurniaNya, sha diberi kesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahiran sha pada hari ini...Dah besar dah anak mak ni...hehehehe
So dah bertambah lah satu angka lagi dlm nombor usia hidup sha....tapi nampaknya life must go on no matter what...huhu....coz tahun ni merupakan tahun terakhir sha mengecapi nikmat hidup dgn angka 2 kat depan.....Next year? Dah tua dah...huhu
Apa yg sha harapkan agar sha sentiasa diberikan kesihatan, dan kemurahan rezeki yg berlipat kali ganda pada tahun ni di samping kehidupan yg diberkati olehNya...amin....
Thanks to kak dilla sebab sudi nak celebrate my birthday lepas waktu sekolah dan yg paling bestnya dpt shopping sakan kain ela kat NAGOYA....mata ni pulak mmg pantang bila tengok kain ela....kalu nak ikutkan hati ni, nak je borong satu kedai NAGOYA tu tapi nanti hujung bulan kena ikat perut la pulak sbb gaji  lambaaaaaaat lagi...huhu...
Thanks again to kak dilla sbb dah lama rasanya tak celebrate birthday with my friends...and i still remember, last time celebrate dgn kawan2 masa zaman maktab dulu tahun 2006....kawan2 siap buat birthday party lagi...hehe...rasa mcm happy sgt zaman muda2 dulu....kan best if i can turn back time....huhu
Well...apa2 pun, semua tu akan jadi kenangan terindah dlm hati ni dan sentiasa mekar bersama memori2 dan kenangan manis bersama sahabat2 semua......

Dedicated to: Suzalina (Kak Su), Nurul Rabihah, Norazlina, Flora, Hamthiar, Mizi, Zul, Khairi...

Kenangan Terindah
Artist: Samsons
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...


Monday, February 8, 2010

Darjat

Darjat

Beza antara kita
Rupa darjat dan harta
Sudikah kau terima

Bukan niat di hati
Betapa kumerinduimu
Hati dan naluri

Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...

Punah hasrat di minda
Untuk hidup bersama
Pabila kau tiada...

Masa berlalu jua
Aku tiada terdaya
Biarlah kurasa...

Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...

Maafkan diriku ini
Tiada rela jua jadi begini
Tika cinta kian bersemi
Oh relakanlah kupergi...

Friday, February 5, 2010

Cinta Sejati

Assalamualaikum to all readers...

Sebenarnya sha ada bnyk sgt keje nak kena buat...tapi tiba2 tgn ni gatai nak menaip n write something kat blog ni...hehe..tapi takpe kot, sbb lepas ni bleh la sambung buat keje balik...hehehe
Actually, sha nak cakap pasal cinta...love...
Sha sentiasa terfikir, sebenarnya wujud ke cinta sejati? Lebih2 lagi bila teringat kat cerita 'Cinta Balqis' tu...my favourite drama...hehe
Susah sebenarnya nak ckp pasal cinta sejati ni...Ada org yg mmpu terima pasangan masing2 mungkin hanya kerana harta...mungkin kerana rupa paras...mungkin juga kerana sifat2 yg ada pada pasangan...atau mungkin dapat menerima pasangan seadanya...
Mmm...maybe seseorang yg mampu terima pasangannya seadanya itulah yg mungkin akan wujudnya cinta sejati kan?...Entah la...sha pun x pasti dengan istilah sebenar cinta sejati ni....tepuk dada tanya hati....mungkin dlm hati ni termaktub segala jawapannya....dan pastinya dgn izinNya, pasti wujud cinta sejati dlm diri dua insan, adam dan hawa....insyaAllah...;)

Thursday, February 4, 2010

Aquarius Girl...;)


Assalamualaikum wbt buat blog readers...
Alhamdulillah kita dah masuk bulan kedua dlm tahun 2010 ni. Mmm...tu yg buat sha x senang duduk bila dah masuk bulan dua ni....huhuhu...Tapi kenapa sha ckp mcm tu ek? Sbbnya bulan februari ni la mencatat sejarah kelahiran anak ketiga keluarga arwah Ustaz Said dan Puan Mariati. Hehe...so dlm bulan februari 2010 ni jugak la bertambah setahun lagi umur sha. Alhamdulillah Allah masih beri sha kesempatan utk bernafas di bumi milikNya ini...Syukur Alhamdulillah...

Bulan Februari ni juga org kata bulan cinta...yeke? Sha pun x pasti tentang istilah tu tapi maybe disebabkan kehadiran Valentine's Day dlm bulan Februari ini, maka org kenali bulan Februari ni bulan cinta....maybe kot...hehehe

Kat sini sha nak share sesuatu dgn readers semua. Masa zaman sha study dulu, ada kawan sha yg agak fanatik dgn horoscope. Kawan sha tu suka mengenali seseorang melalui bulan kelahiran. Dgn cara itu, sha rasa kita lebih mudah utk mendampingi seseorang. Sha bukan kata horoscope tu benar 100% tapi mungkin ada betulnya. Apa2 pun itu semua kehendak dan takdir Allah rite? ;)

K...memandangkan sha dilahirkan dlm bulan februari, so sha ingat nak share dgn semua org tentang diri sha dan diri kawan2 yg lain yg dilahirkan dlm bulan ni...Jom kita share sama2 ;)

Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, intelligent, bijak dan genius , berpesonaliti yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamerkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.


Mmm...itu adalah tafsiran dari kajian yg telah dilakukan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Dan bila sha baca balik, terus terang sha kata, 90% daripadanya adalah diri sha. Hehehe....Tapi itu mungkin hanya kebetulan dan tak semua org pastinya akan dpt keputusan yg sama....kan?

Dlm ilmu astrology, sha ni tergolong dlm kumpulan yg berbintang 'AQUARIUS'...Nnti kita sama2 cek mcm mana characteristics org yg berbintang aqua ni k? Jumpa lagi....adios ;)

Friday, January 22, 2010

Rindu laa...

Salam buat sahabat2....

Rindu la...rindu sangat2 dgn blog ni...coz dah lama x meluangkan masa dgn entri2 yg bermanfaat...lately bz sgt. Bnyk sgt keje dan tugasan yg kena disetelkan. Tu blum sambung study lagi tu...kalu dah further study nanti mcm mana la agaknya ek? Huhu...Time management yg x betul kot...hehe...

Tetiba je dapat SMS dari adik angkat ku sorang ni...tetiba je la teringat kat dia. Dah lama jugak x dengar citer dari dia semenjak dah berumahtangga ni tapi alhamdulillah dah dikurniakan seorang cahayamata dan kini bergelar seorang ayah. Syukur pada Allah. "I'm proud to be your sis, bro...Semoga kebahagiaanmu kekal buat selama2nya dik...Itu doa akak. Aminn" ;)

Bila teringat kat adik angkat sorang ni, teringat la pulak time study dolu2...Rindu sgt2 dgn kawan2 yg jadi teman kala susah dan senang. Seronok sgt bila ada teman yg betul2 dapat memahami diri ini. Masa study dulu xda plak couple2 ni. Entah la. Mungkin sbb sha ni yg x cukup cantik untuk dimiliki oleh sesiapa kot. Mungkin Allah je yg tau apa yg terbaik utk sha. Walaupun saat itu kawan2 semua dah ada couple2 masing2, tapi alhamdulillah ikatan persahabatan tu masih kekal. Kawan tetap kawan dan kekasih tetap kekasih. Kawan2 sha sentiasa ada bersama sha di saat sha memerlukan diorang. Itu yg membuatkan sha rindu sgt2 bila teringat kat diorang dan zaman masa study kat U dulu.

Kalau time bnyk assignment kena buat, sha la yg menjadi mangsa buruan coursemate2 sha especially boys. Sebab apa ek? Sebab sha ni dulu ulat buku n apa2 assignment especially subjek 'hydraulics', sha la org pertama yg siap. Bila dah siap tu apalagi... Kawan2 semua pun nak copy n paste la. Last2 masa discussion, lecturer pun pelik kenapa jawapan students dia semuanya sama. Hehe...Lecturer pun pandang sha dan sha hanya mampu tersenyum. Lecturer pun dah faham sgt2 dgn perangai student2 dia. Hehe...Biasa la anak emas lecturer smpai ada coursemate sha yg kata sha ada affair dgn dia. Ish...x baik betul coursemate2 sha tu kan? Biasa la tu, perasaan dengki dan iri hati tu x penah lekang dari sifat manusia. Tambahan pulak, sha dianugerahkan 'The Best Thesis' under the same lecturer...Lagi la bertambah hangat diperkatakan tentang sha. Tapi alhamdulillah sha bersyukur sgt dapat lecturer mcm tu yg betul2 mengambil berat tentang diri sha sepanjang sha menyiapkan thesis tu. Tapi sha minta maaf sgt2 pada Prof sbb sha x mmpu nak teruskan bidang 'Hydraulics Engineering' yang menjadi minat sha suatu masa dulu sbb rezeki sha adalah seorang menjadi seorang pendidik seperti prof jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti sha ingat nak further study dlm bidang tu supaya ilmu yg sha pelajari sebelum ni dapat digunakan sebaik2 nya dan mungkin sha berubah profesion menjadi seorang lecturer suatu masa nanti.....InsyaAllah...Aminnn ;)

Wednesday, January 13, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Pilu hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih
Kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..

Sunyi sepi je...

Assalamualaikum buat sahabat2 yg setia menanti kehadiran entri2 baru dlm blog nurkasih ni...

First of all, sha mohon ampun dan maaf andainya ada yg ternanti2 kan entri dari sha yg dah agak lama mendiamkan diri dan menyepikan diri dari dunia cyber ni...Sha bukannya apa, cuma kebelakangan ni ada bnyk keje2 sha yg memerlukan lebih perhatian dan bagi sha, priority adalah kepada tugas dan tanggungjawab...itu yg paling utama dlm hidup sha. Terlalu bnyk benda yg perlu sha fikirkan sejak kebelakangan ni memandangkan musim persekolahan pun baru je bermula untuk sesi 2010 ni. Sha bukan saje2 mendiamkan diri atau perlu memberi lebih komitmen kepada sesiapa, hidup sha masih macam dulu, hanya bertemankan buku2 dan kebelakangan ni sha mula tertarik utk membaca buku2 yg berunsurkan keagamaan....sebab apa ek? Mungkin inilah masanya utk sha berubah menjadi insan yg lebih baik daripada yg sebelumnya kot. Itulah salah satu harapan dan azam sha utk tahun 2010 ni. Cuba utk memperbaiki diri dan berhijrah untuk menjadi insan yg lebih baik pada tahun 2010 ni. InsyaAllah...Dengan bimbingan buku2 ilmiah yg menjadi teman baik sha, terutamanya buku 'La Tahzan', sha akan sentiasa berusaha utk mencuba untuk mencapai impian sha. InsyaAllah....

Sesi persekolahan pada tahun ni sangat2 mencabar bagi diri sha. Terlalu bnyk tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan kepada sha. Mungkin sebab sha ni masih bujang, dan sebab itulah sha perlu lebih komited pada keje2 sha. Sha akan cuba untuk memberikan yg terbaik dlm tugas2 yg telah diamanahkan pada sha. InsyaAllah...

Tak lama lagi umur sha akan bertambah lagi setahun. Mmm...rasanya dah cukup tua utk bergelar 'cik' kot. Bila la agaknya title tu nak hilang ek? Entah la, sha pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ni, sha tak mampu nak fikirkan benda2 yg pastinya sudah ditentukan olehNya. Dia pastinya sudah merancang apa yg terbaik utk diri sha dan sha hanya mampu berdoa dan menyerahkan segala2nya padaNya dan sha sentiasa redha atas ketentuanNya...insyaAllah...

K la...rasanya cukup lah setakat ni dulu entri sha buat kali ni sebab still ada bnyk lagi keje2 sha yg tgh memanggil2 nama sha....hehehe...InsyaAllah, kalau ada kelapangan nanti sha pasti akan 'update' kan blog sha ni...InsyaAllah....
Cuma apa yg sha harapkan agar sahabat2 dapat mendoakan yg terbaik utk diri sha dan kehidupan sha di dunia dan di akhirat nanti....insyaAllah.....aminnn