BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 12, 2010

cinta laura...

assalamualaikum buat kwn2 tersayang...
sha nak cerita tentang seorang artis dari seberang ni.....sha mula mengenali dia masa sha menonton cerita sinetron indonesia "AIRMATA CINTA" yang dilakonkan oleh CINTA LAURA ni.....lakonannya betul2 berkesan sehinggakan sha byk menitiskan airmata...huhu...almaklum la org jiwang....hehe....
dgn raut wajahnya yg cute dan cantik tu juga membuatkan sha tertarik utk menonton drama sinetron lakonannya...hehe...dan mungkin disebabkan drama tersebut jugak namanya semakin popular di kalangan peminat2 di Malaysia....mana tahu kan?
apa2 pun tahniah buat CINTA LAURA kerana berjaya melakonkan watak CINTA dan LAURA dlm drama tersebut...=)

Sunday, March 28, 2010

Suratan...

Salam buat sahabat2....
Actually mlm semalam ada tgk filem pertama yg buat sy nangis teresak2 bila pertama kali tgk citer tu....Entah la...maybe sebab lakonan yg cukup mantap dan jalan cerita yg betul2 menyentuh hati dan perasaan seorang insan yg bernama wanita...huhu....
Mungkin juga sbb sy terlalu menghayati bait2 kata dari pengarah yg cukup berpengalaman membuatkan airmata jatuh bercucuran tanpa disedari....disamping lagu2 yg cukup2 membuatkan hati ini terharu dan sedih...
Filem tu juga mengingatkan sy kepada lagu yg pernah sy minati suatu masa dulu...ni yg nak share dgn kwn2ni...So, sape2 yg minat lagu ni try la download kat youtube k? =)  

Slam

Suratan

Segar di ingatan
Sejarah luka yang berlaku
Terpahat kenangan
Cerita cinta ku pada mu
Tiada duanya
Biar berjuta tidak sama
Indahnya cinta mu
Setulus budi mu pada ku

Telah ku terima
Suratan takdir Yang Esa
Cinta manusia
Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan
Moga terjawab persoalan
Apakah salah ku
Di mana silap mu

Sudah lumrah kehidupan
Tidak lepas kesalahan
Cinta yang menjadi korban... kesilapan

Saat yang silih berlalu
Masa tak akan kembali
Semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang
Segala kesilapan ku
Tidak terniat sekali melukai dirimu
Ku pohonkan doa
Semoga kau berbahagia
Tempoh hidup ini
Jalanan berduri
Nama mu biarkan abadi... di sini

Mudah-mudahan bersama
Keadaan yang berbeza
Di alam cinta yang kekal... selamanya

 

Wednesday, March 24, 2010

Rindu...

Salam buat sahabat2....
Actually ada banyak keje nak kena buat skrg ni tapi tetiba je jari jemari ni terlalu rajin nak menaip....hik3....Rasa mcm nak jiwang2 sikit mlm ni...huhu....Cuma nak kawan2 dengar lagu yg pernah popular suatu ketika dulu, masa zaman muda2 dolu2...hehe....mmm tapi bukan setakat dengar, cuba hayati sekali lirik dan senikata yg terlalu dalam maknanya....=)


Lestari

Rindu Di Puncak Mahligai

Selagi hayatku dikandung badan
Dirimu tak mungkin kupersiakan
Hanya padamu cinta yang bersemi
Seindahnya syurgawi
Begitulah sumpah hatiku ini
Di dalam sepi memuja dirimu
Bagaikan setia ombak dan pantai
Yang amat sukar dipisahkan
Cinta yang hadir bukan dipaksa
Lahirnya dari luhur budi
Salju terasa
Sebak melanda ke jiwa
Begitu hakikatnya terjadi
Cinta dan rindu jadi sakti
Engkau dan aku
Sama merintih
Kerana dia
Rindu di puncak mahligai
Bagai sembilu yang menghiris hati
Pedih membara kasih tak kesampaian
Menanti sentuhan belaianmu sayang
Padamu ku pinta
Agar kau menghargai rinduku
Padamu kuserahkan segalanya
Yang terbenam di dasar hatiku
Kerana engkau kekasihku
Selagi hayatku di kandung badan
Dirimu tak mungkin ku persiakan
Hanya pada mu cinta yang bersemi
Seindahnya harum syurgawi
Hanya pada mu cinta yang bersemi
Seindahnya harum...
Syurgawi

Sunday, March 21, 2010

Tahniah sahabat...=)


assalamualaikum buat sahabat2 tersayang....

First of all, sy ingin mengucapkan tahniah untuk sahabat sy yg melangsungkan perkahwinannya hari ni....Alhamdulillah dia dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan pada 19 Mac 2010 di kediamannya dan majlis persandingannya diadakan pada hari Sabtu, 20 Mac 2010. Tahniah lagi sekali buat sahabat tersayang yg pernah mengharungi susah senang hidup bersama pada suatu masa dulu. Terlalu bnyk kenangan waktu kita bersama dulu. Semuanya akan ku simpan dalam hatiku ini. Semoga jodohmu berkekalan hingga ke akhir hayat......Doakan kebahagiaan buat diriku jua...Amin Ya Rabbal Alamin....=) 

Wednesday, March 17, 2010

Dedikasi Air Mata...

Assalamualaikum buat follower yg setia dan menanti2kan entri terbaru dari blog mencari nur kasih ni....ribuan ampun dan maaf andainya sahabat2 tertunggu2 entri dari sy....Kekangan masa dan kesibukan kerja membuatkan sy agak tidak berkesempatan utk mencoretkan sepatah dua kata di blog ni sejak bulan februari yg lalu.

Kini kita berada di pertengahan bulan Mac dan begitu pantas rasanya masa berlalu pergi. Alhamdulillah cuti sekolah seminggu ni memberi kesempatan utk sy mencoretkan sesuatu utk tatapan sahabat2 tersayang....

Bila berbicara soal airmata, seringkali dikaitkan dgn hati dan perasaan terutama sekali kaum wanita. Kadangkala airmata terlalu mudah bercucuran tanpa kita sedari menitis satu persatu dari kelopak mata seseorang yg terlalu mudah tersentuh hatinya....Tapi bukan semua manusia dan wanita itu terlalu murah dgn airmata....Tapi bagi diri saya, terus terang sy katakan, saya merupakan seorang wanita yg terlalu mudah utk menitiskan airmata...huhu....Tapi bukan utk cerita hindustan tau....Kadangkala bila sedang asyik menonton cerita sedih, tiba2 tanpa disedari airmata membasahi pipi...Malu jugak bila org sekeliling tgk kita nangis tapi itu bukan kehendak sy...Ia menitis tanpa dipaksa2. Sy rasa terlalu sedih bila seseorang merasakan airmata yg keluar dari mata ini hanya sekadar lakonan....huhu....

Sebab tu org selalu kata, "Jangan menangis kerana ditinggakan kekasih tapi biarlah airmata ini mengalir kerana takut padaNya"....Airmata juga merupakan suatu kurniaan Allah yg perlu disyukuri tapi ingat! Bukan utk dibazirkan atas perkara yg tidak mendekatkan diri padaNya. Tetapi, apa makna airmata yg tumpah, kenapa ia mengalir, hanya hati sendiri yg mengalami dan mengetahui. Ini soal rasa dan perasaan. Ia merupakan fitrah manusia yg dikurniakan Allah sabagai salah satu cara sistem jasad meluahkan perasaan.

Maksud Sabda Rasullullah SAW;
"Tidak akan masuk api neraka siapa yg menangis karena takut kepada Allah"

Maksud Sabda Rasullullah SAw;
"Demi Allah, seandainya kamu menegtahui apa yg aku ketahui nescaya kamu akan sedikit tertawa dan akan bnyk menangis".[Hadisriwayat At-Tirmizi]

Tidak perlu membazirkan airmata atas ketentuan takdir. Cita2 yg tidak tercapai usah ditangiskan, kerana apa yg dicapai sekarang adalah yg terbaik yg ditakdirkan utk diri. Tidak perlu menangis keterlaluan kerana cinta tak berbalas kerana Allah telah menentukan manusia yg lebih baik sebagai jodoh yg telah Tuhan tetapkan. Tidak perlu menangis kerana terpisah dari org2 tersayang kerana Allah tidak pernah terpisah dari hati yg menjadikan Dia sebagai pencinta uatama. 


Jika tidak mampu juga menahan airmata, menangislah...namun jangan sampai mempersoalkan ketentuan Allah. Tangisan atas rasa rendah hati, atas rasa tidak mampu lalu dengan rasa tersebutu, terzahir ucapan penyerahan dan pengaduan kepada-Nya.


"Tangisan ini bukan kerana aku mempersoalkan atau mempertikai ketentuan-Mu ya Allah tetapi kerana lemahnya aku mengendali diri. Kuatkan imanku, berikan hidayah kepadaku dan limpahkankanlah Rahmat-Mu sebagai bekalan hidupku Ya Allah..."

Semoga Allah akan memberi petunjuk tangisan mana yg patut dihentikan dan tangisan  mana yg perlu diteruskan....

Ulama terkenal, Ibnu Qayyim menyenaraikan 10 jenis tangisan manusia:
1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Tangisan kerana rasa takut.
3. Tangisan kerana cinta
4. Tangisan kerana gembira
5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan
6. Tangisan kerana terlalu sedih
7. Tangisan kerana rasa hina dan lemah
8. Tangisan untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Tangisan kerana terikut2 atau terpengaruh dgn tangisan org lain
10. Tangisan org munafik yg penuh kepura-puraan...

Sumber : Majalah Nur