BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 19, 2009

Selamat Pengantin Baru...


Salam buat teman2...

Time2 cuti sekolah ni mmg bnyk jemputan ke kenduri2 kawin...Saudara mara dan kawan2 jugak ramai yg kawin time2 cuti sekolah ni...Congratulations buat saudara2 mara dan kawan2 yg telah melangsungkan majlis perkahwinan masa cuti sekolah hujung2 tahun ni. Especially to my friend, Nur Azwani yg melangsungkan majlisnya pada hari ni. 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharram 1431H. Syukur alhamdulillah buat kawan2 yg telah berjaya menamatkan zaman bujangnya dan memulakan kehidupan berumahtangga bersama insan tersayang. Selamat menempuh alam perkahwinan juga buat mereka2 semua. Maka bertambah lah tanggungjawab daripada seorang anak kepada seorang isteri dan kepada seorang ibu kepada anak2 tersayang. InsyaAllah...Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat...Aminnn...

Ramai kawan2 yg dah melangsungkan majlis mereka...cuma saya dan beberapa orang je lagi yg tinggal...huhu...x tahu la bila agaknya giliran saya ek? Moga Allah memberi kesempatan utk ku suatu hari nanti...Amin...

Friday, December 18, 2009

Kereta oh kereta...

Salam buat teman2 setia...

Hari ni mcm nak cerita tentang kereta je...Bleh kan? Hehe...Tapi bukan kereta saya la..tapi kereta idaman saya...Honda Civic Type R...Entah la kenapa saya rasa minat sangat2 dgn kereta ni. Mungkin sbb dia nampak sporty dan sesuai utk sesiapa saje kot. Yg masih bujang atau dah berkeluarga. Warna putih mendapat tempat di hati saya. Kenapa ek? Entah la...tapi mmg nampak cantik sangattttt. Hehe...

Moga suatu hari nanti sy akan memiliki kereta impian saya ini. InsyaAllah...Moga Allah akan makbulkan doa hambaMu ini. Amin Ya Rabbal Alamin...;)


Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Salam buat sahabat2 dan teman2...

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya, kita diberikan kesempatan utk menyambut tahun baru 1431H. Dan alhamdulillah juga 1 Muharram 1431H telah jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Inilah masa yg paling sesuai utk kita memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati kita utk lebih mendekatkan diri padaNya. Manusia kadangkala terlupa dan terlalai dgn nikmat dunia. Kita sering mengagung2kan sambutan tahun baru Masehi tapi kita lupa utk menyambut tahun baru Hijrah. Sebagai tanda kita menyambut tahun baru Hijrah, maka adalah lebih baik utk kita sama2 membaca doa akhir tahun selepas waktu asar tadi, dan selepas maghrib pula membaca doa awal tahun. Semoga Allah menjauhkan kita dari segala hasutan syaitan sepanjang tahun hijrah 1431H ini. InsyaAllah...

Dan seharusnya kita menyimpan azam utk tahun baru ini seperti tahun2 yg sebelumnya juga. Saya juga seperti rakan2 yang lain, juga mempunyai azam dan impian saya yg tersendiri. Saya berharap agar saya dapat berubah menjadi insan yg lebih baik dan dapat meningkatkan amalan2 kebaikan dan kebajikan utk bekalan di alam akhirat nanti. Di samping, dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan saya pada Yang Maha Esa. InsyaAllah...

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1431H buat semua kawan2 dan sahabat2 yg sudi mengikuti blog MENCARI NUR KASIH ini. Semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaanNya. Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, December 16, 2009

Cantiknya Wanita...


Assalamualaikum buat sahabat2 setia blog nur kasih ini...

Sy cuma nak share bersama kawan2 email yg saya terima berkenaan Firman Allah mengenai kecantikan wanita. Semoga firman2 Allah ini menjadi petunjuk dan pedoman bagi kita khususnya kaum Adam utk lebih menghormati kaum Hawa yang berada di sekeliling kita terutama sekali bonda tercinta ;)

Oopss...bukan bertujuan utk bermegah2 tapi sekadar renungan utk dihayati bersama ;)

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


Alangkah indah ciptaan Allah...Hargailah wanita kerana setiap wanita itu cantik ;)

Tuesday, December 15, 2009

MATI ITU PASTI



Salam buat sahabat2 dan teman...

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan utk hidup di bumi Allah ni pada pada hari ini...Dah lama x menulis kat blog ni sebenarnya. Sebab apa ek? Bukannya malas tapi sebab xda citer yg menarik yg nak dikongsikan bersama buat masa ni. Lagipun, lately dah leka sgt dgn games kat facebook tu, thats why sha x sempat nak update blog ni. So sha harap kawan2 masih setia membaca blog sha k? ;)

Actually, lately kita sering digemparkan dgn tragedi2 yg menimpa negara kita ni. Diantaranya, kes kematian di KB Mall yg baru2 ni mengakibatkan dua nyawa terkorban akibat kereta yg dipandu oleh seorang gadis ketika berada di parking tingkat atas shopping complex tu. Lepas tu, diikuti pulak kes kematian yg mengakibatkan pasangan pengantin yg baru saje dinikahkan 4 jam. Pengantin lelaki tersebut ditimpa kemalangan dan meninggal di tempat kematian. Innalillah...Takziah buat pasangannya. Sedih dan terharu sangat rasanya apabila kehilangan org disayang. Nikmat yg dikecapi utk sehidup semati bersama tu hanya sementara. Itulah kuasa ALLAH. Jika dah ditentukan ajal, sekelip mata je boleh jadi. Segala2nya sudah ditentukan. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah. Dan disebabkan itulah kita sebagai hambaNya kena redha dgn qada' dan qadar yg telah ditentukan. Memang bukan mudah utk kita terima segala ujian yg diberikan pada kita, tapi sebagai hambaNya kita kena yakin dan percaya bahawa setiap yg ditentukan dan yg terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya yg kita sendiri tak tahu. Kita kena kaji kenapa Allah uji kita dgn ujian yg kadangakala terlalu sukar utk kita terima. Mungkin kita diuji kerana Allah sayangkan kita dan Dia nakkan kita lebih mendekatkan diri padaNya. Atau mungkin juga Allah ingin menguji tahap kesabaran kita sebagai hambaNya. Kdg kala kita diuji dgn nikmat kesenangan tapi kita lalai dgn nikmat itu. Begitu juga dgn ujian Allah yg lain. Allah ambil nyawa org yg kita sayang mungkin kerana Dia lebih menyayanginya berbanding dgn kita. Hanya Dia yg lebih mengetahui...

Dan apa yg penting, kita kena sentiasa ingat bahawa MATI ITU PASTI. Dengan pelbagai kerosakan yg dialami di muka bumi skrg ini, dah bnyk tanda2 yg menunjukkan kita ni dah semakin hampir dgn akhir zaman. Rasa takut semakin mendalam dalam diri ini. Adakah mungkin kita menjadi salah seorang hamba yg mendapat tempat di syurga? Atau mungkin di neraka? Nauzubillah...Minta dijauhkan...Cuba kita ingat kembali, sudah bersediakah kita utk menghadapi saat2 kematian? Cukupkah bekalan dan amalan kita sehingga ke hari ini utk dibawa bersama ke alam barzakh nanti? Tepuk dada tanya lah iman. Rasanya masih belum terlambat utk kita memperbaiki diri, bermuhasabah diri dan bertaubat kepadaNya atas dosa2 yg pernah kita lakukan. Bermuhasabah diri utk menjadi insan yg lebih baik dan tergolong dalam golongan hamba2Nya yg terpilih. Amin Ya Rabbal Alamin...

Saturday, December 12, 2009

Lelaki dan Penipu...

Salam buat kawan2...

First of all, so sorry if ada blog reader yg 'terasa' dgn tajuk entri saya kali ni. Entah la. Tiba2 je rasa geram sgt2 dgn insan2 yg bernama lelaki ni dan sikap menipu mereka. Saya tahu bukan semua lelaki mcm tu tapi KEBANYAKAN dari mereka yg bersikap mcm tu....Kenapa ek? Kalau kita fikir2 kan balik, kenapa mesti nak menipu? Cuba la jadi insan yg suka berterus-terang...dan x suka menipu. Susah sangat ke nak jadi org yg x suka menipu? Lagipun, apa yg akan korang dapat kalau suka2 menipu ni? Dapat dosa lagi ada la..Sedangkan pahala pun belum tentu banyak, inikan pulak sesaje je nak tambah dosa. Eeeiii...geram sesangat...

Kenapa la dunia saya bnyk dikelilingi dgn insan2 seperti ini? Susahnya nak cari insan yg betul2 jujur dan ikhlas. Kenapa boleh jadi mcm ni? Allah anugerahkan 9 akal dan 1 nafsu tu kepada lelaki bukannya utk menipu tapi utk digunakan ke arah yg lebih baik. So gunakanlah nikmat dan anugerah yg diberi itu dgn sebaik2nya. Bukan sebaliknya....

Fikir-fikirkan la wahai kaum ADAM sekalian....ini sekadar peringatan bukannya dendam...Lagipun saya tahu, setiap perbuatan kita di dunia ni pasti dapat balasannya, kalau bukan didunia, di akhirat nanti pasti menanti...Allah Maha Adil...So fikir2 kan la.....;)

Mas kahwin RM300

Salam buat kwn2 semua...

Ni nak bincang satu isu besar yg melibatkan diri saya jugak ;)
Isu berkenaan maskahwin di selangor yg meningkat dari RM80 menjadi RM300. Mmm jauh jugak bezanya tu...Tapi agak pelik la...Kenapa isu maskahwin ni sering dipropagandakan berbanding isu2 lain yg banyak lagi boleh difikirkan? Saya bukannya x setuju, tapi sebagai salah seorang anak jati negeri Selangor ni, saya rasa bertuah sangat tapi malangnya saya ni blum berpunya lagi. Bagi saya, ada kemungkinan isu2 seperi ini akan menyebabkan bertambahnya jumlah anak anak dara tua di selangor ni...tapi minta2 saya bukan salah seorang daripadanya...aminn
Kenaikan harga maskahwin ni sepatutnya bukanlah jadi isu yg besar jika dibandingkan dgn jumlah hantaran. Sebab kebnyakan lelaki skrg ni mampu utk beli barang2 yg mahal seperti baju, hp dan kereta yg mahal2 tapi untuk maskahwin ni kenapa mesti nak berkira sangat? Cuma untuk hantaran tu, boleh la dibawa berbincang oleh keuda2 belah pihak sbb tujuan majlis diadakan bukannya utk menunjuk2 atau riak tapi cukuplah sekadar kenduri yg sederhana sahaja dan tak perlulah sampai membazir walaupun kenduri tu sekali seumur hidup...betul tak?
Kalau nak diikutkan sekarang ni semua benda dah mahal, jadi apa la salahnya RM300 tu utk isteri tercinta...bukannya kita nak hidup sehari dua, tapi utk selama2nya betul x? Org kata, kalau dah sayang tu, kita tetap sanggup buat apa saja utk bersama dgn org tersayang...
Mmm...tapi buat masa ni, belum masanya utk saya berfikir tentang maskahwin ni sbb masih single lagi....:(
Hopefully, satu hari nanti sy akan temui jodoh yg ditentukan Allah utk saya...Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, December 9, 2009

Ciri-ciri Suami Yang Baik


Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Tuesday, December 8, 2009

Lelaki Kasanova

10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, saya selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Sunday, December 6, 2009

Asam Laksa @ MIDVALLEY

Salam buat kawan2 blog MENCARI NUR KASIH

Hari ni hari minggu. Bosan jugak kalu dok lepak kat umah je hari2 minggu mcm ni. Paling tidak, asyik la mengadap tv. Tv pulak xda citer yg best2. Huhu..So aktiviti yg best masa weekend ni ialah shopping la...apa lagi?...hehehehe...Nasib baik ada kawan yg sama2 bujang jgak. So dapat la melepaskan tension dgn kawan sorang ni.Hehehe. Dia ni plak bukan senang nak dapat cuti. Asyik la keje je. Org lain cuti tapi dia tetap jgak keje. Hehe. Sori kak eiza ;)

So we all pun decide nak pegi MIDVALLEY. Dah lama gile rasanya x menjejakkan kaki ke shopping kompleks yg terbesar kat KL tu. Ni la time yg paling best nak pegi shopping. Hehehe...Kalau ikutkan hati, malas jgak nak pegi tempat2 mcm tu time2 weekend ni sbb mmg confirm ramai org kat sana. Tapi mengenangkan ASAM LAKSA yg dah lama gile tak makan tu, so hari ni kena la rajinkan diri jgak utk ke MIDVALLEY tu.

Sesampai je kat sana, mmg JJ la tempat pertama yg dituju. Bukan nak shopping tapi ke kedai makan la...Nak makan asam laksa. Hehehe...



Memang ASAM LAKSA kat sini la yg paling best sekali kat KL ni. Hehe...Tu pendapat saya la, xtau plak pendapat org lain. Hehe...Apa2 pun bagi sesape yg x pernah rasa laksa asam tu, pegi la rasa kat JJ MIDVALLEY tu. My favourite dish ;)



Saturday, December 5, 2009

Suci Sekeping Hati

Salam buat kawan2...

First of all thanks buat kawan2 yg sudi singgah and jenguk2 blog sy yg x seberapa ni...Actually, i'm not good in writing. Just tulis ikut suka je. Apa yg terlintas di hati dan fikiran, itulah yg tertulis disini. As for me, blog ni is one of the platform untuk meluahkan isi hati ini. Sometimes mesti ada jugak yg boring nak baca luahan hati saya, but i think inilah cara yg paling sesuai. Sorry to say, sy ni bukan jenis yg suka sumpah seranah org lain yg buat jahat kat sy tapi biarlah segala yg sy x puas hati tu sy simpan kat dlm hati. Sy juga x suka nak simpan dendam. Biarlah perasaan tu berkubur dan ditelan arus masa. Kalau boleh, sy cuba utk buat kebaikan pada semua org walaupun pada org yg buat kejahatan pada sy. Sy sebenarnya dlm proses utk muhasabah diri dan memperbaiki diri serta menyucikan hati supaya segala ibadah dan amalan sy diterima Allah. Amin.

Memang sy akui, nobody's perfect dan setiap org pasti ada melakukan kesalahan dan kesilapan sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Tapi bukan semua kesilapan dan kesalahan itu dapat diterima dgn hati yg terbuka. Ada orang yg senang utk forgive and forget dan jugak org yg susah nak memaafkan org lain. Itu terpulang pada hak masing2 tapi sebagai hambaNya, lebih baik kita memaafkan antara satu sama lain sbb Rasulullah SAW sendiri mengampunkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa. Tapi kdg kala hati ini terfikir, bila kita jadi terlalu baik dan mudah memaafkan org lain, kita seringkali dipijak oleh org lain dan ada juga yg mengambil kesempatan disebalik kebaikan yg ada pada diri ini.

Kenapa mesti wujud org2 yg menipu utk mendapatkan kebahagiaan diri? Kenapa ada org yg menipu utk kepentingan diri sendiri? Kenapa mesti wujud org mcm tu? Entah la...manusia ni semuanya ciptaan Allah. Rambut je sama hitam tapi hati lain2. Sukarnya menilai insan melalui rambut dan rupa paras serta fizikalnya. Ada insan yg dilahirkan dgn rupa paras yg menarik dan cantik, tapi kita mesti nilai dirinya dari sudut hati. Ada juga insan yg dilahirkan dgn rupa paras yg kurang menarik tapi hatinya sungguh mulia. Itulah manusia. Kita yg mencorakkan hati kita sendiri. Kalau bnyk di tanam dgn sifat mahmudah, maka baik dan putihlah hati kita. Tapi kalau sering ditanam dgn sifat2 mazmumah, maka hitamlah hati kita. Nauzubillah.

Sama juga seperti sy. Kdg kala, sifat mazmumah itu cuba menguasai diri tapi sebagai hambaNya, saya pasti akan cuba dan berusaha utk menjauhkan diri dari sifat2 seperti itu. Moga suatu hari nnti, semua sifat2 mazmumah ini mmpu utk sy buang jauh dari dalam hati sy. Begitu juga para pembaca sekalian.....InsyaAllah Amin ;)

Thursday, December 3, 2009

Indahnya Dunia



Salam buat pembaca blog NUR KASIH ini...

Alangkah indahnya dunia ini,
Andai manusia saling sayang-menyayangi antara satu sama lain...
Andai manusia saling hormat menghormati antara satu sama lain...
Pasti tiada lagi benci membenci, tiada lagi iri hati, tiada lagi dengki mendengki...

Alangkah indahnya dunia ini,
Andai pemimpin tahu tanggungjawab diri...
Andai pemimpin saling bertolak ansur bersama pengikutnya...
Andai pemimpin punya sikap peri kemanusiaan dan punya hati dan perasaan...
Pasti tiada lagi persengketaan, tiada lagi peperangan, tiada lagi kemusnahan...

Alangkah indahnya dunia ini,
Andai ADAM tahu menghargai HAWA...
Andai HAWA tahu menjaga diri...
Andai wujud cinta sejati keranaNya...
Pasti tiada lagi kekecewaan, tiada lagi kelukaan , tiada lagi perceraian...

Alangkah indahnya dunia ini,
Andai ALLAH sentiasa di sisi...
Andai ALLAH sentiasa di hati...
Andai ALLAH menjadi petunjuk jalan yg abadi...
Pasti tiada lagi kehancuran diri, tiada lagi hilang pertimbangan diri...

"Walau apa pun yg terjadi, yakinlah bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya..."

Tuesday, December 1, 2009

Taubat Nasuha



Salam buat semua pembaca...;)

Dah lebih kurang 2 hari x sempat nak update blog ni...kebelakangan ni agak sibuk dgn aktiviti2 harian wlaupun tgh cuti sekolah....hehe
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH. Hari ni hari pertama bagi bulan terakhir utk tahun ni. Dan x lama lagi bermulalah tahun baru 2011 yg akan menjelang tiba. Moga dengan keizinan dariNya, semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan dan kesempatan utk terus hidup di bumi Allah ini...Amin
Dgn kesempatan yg diberikan itu, semoga kita semua diberi kesempatan juga utk memohon keampunan dan keinsafan atas dosa2 yg pernah kita lakukan. Sebab tu kita digalakkan utk sentiasa bertaubat. Kdg2 bnyk dosa2 kecil yg kita tak perasan tp acapkali kita lakukan. Dosa2 kecil itu jika diulang2 pasti akan membukit dan menjadi suatu dosa besar. Kita mengaku kita x melakukan zina, tapi bagaimana dgn zina mata, zina hati dan sebagainya?
Hari Raya Qurban baru je berlalu. Dan hati ini terusik dgn drama2 yg disiarkan sempena Hari Raya Qurban baru2 ni. Selain cerita NUR KASIH episod akhir, airmata ni terlalu mudah menitis semasa menonton cerita TAUBAT NASUHA yg disiarkan pada malam yg sama. Lakonan mantap dan berkesan oleh Fauzi Nawawi betul2 mmpu utk menghidupkan watak seorang ayah yg 'panas baran' dan Sheila Rusly yg merupakan seorang isteri dan ibu yg betul2 sabar dgn perangai dan sikap suaminya sendiri.
Anak2 sering menjadi mangsa akibat sikap dan perangai panas baran ayahnya. Apabila di pejabat, dia kelihatan gembira dan aman tanpa sebarang gangguan oleh anak2nya dan sering mengambil kesempatan utk mengadakan hubungan sulit bersama bosnya yg masih bujang. Anak2 dan isteri sering diabaikan dan lebih mementingkan hal2 pejabat daripada tanggungjawab sebagai seorang suami di rumah. Tapi alhamdulillah, disebabkan ternampak buku TAUBAT NASUHA yg terdapat di dlm keretanya, dia berjaya menghalang hasutan syaitan apabila bosnya mengajaknya utk tidur di rumahnya. Di waktu itulah sepatutnya bayang2 isteri dan anak2 nya seharusnya bermain di fikiran seorang suami.
Sehinggakan suatu masa si suami sedang asyik bergelak ketawa bersama bos dan teman2 sepejabatnya, isteri serta anak2nya pula sedang berperang dgn perompak2 yg menyerang rumahnya. Abang cuba utk menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa tikaman, sebaliknya dua beradik itu mati dibunuh di hadapan mata ibunya sendiri. Dan akhirnya ibunya juga menjadi mangsa. Dan apabila si ayah pulang kerumah, dan terus mendapati mayat2 insan yg pernah dibenci dan dimarahi itu berada bergelimpangan di kawasan ruang tamu. Pada ketika inilah, penyesalan itu dah tiada gunanya lagi. Penyesalan seorang bapa terhadap isteri dan anak2nya tidak mampu utk mengembalikan nyawa insan2 yg sgt bermakna dlm hidupnya. Namun begitu, si bapa masih diberi kesempatan utk bertaubat di atas dosa2 yg pernah dilakukan pada keluarganya. Alhamdulillah...Allah itu Maha Penyayang pada hamba2Nya.

Drama ni betul2 menyayat hati dan secara tak sengaja airmata jatuh membasahi pipi ini apabila sy meletakkan diri sy dlm diri si bapa. Sedih sungguh hingga tak terkata. Drama ini juga memberi pengajaran kepada sy dan juga kepada penontonnya supaya kita sentiasa menghargai apa yg ada disekeliling kita terutama sekali insan2 yg kita sayang. Buat sahabat2 yg masih punya ayah dan mak, hargailah mereka selagi mereka bernyawa. Tanpa mereka siapalah kita. Kita ada kerana mereka ada. Selain itu, pengajrana yg dpt sy perolehi ialah, kita mestilah sentiasa bertaubat dan memohon keampuann dari Allah atas segala dosa yg pernah kita lakukan. Meskipun kita x perasan dosa2 tersebut, tapi tidak salah rasanya jika kita sujud pada Pencipta dan memohon keampunan dariNya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sebesar mana dosa kita, insyaAllah Allah akan maafkan jika kita melakukan taubat nasuha kerana Allah itu Maha Pengampun.