BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 28, 2009

Erti Sebuah Pengorbanan

Salam buat semua pembaca...

Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan SALAM EIDULADHA buat semua kawan2 dan pembaca blog ini...Bila bercakap tentang pengorbanan, airmata ni terlalu mudah utk menitis bila mengenangkan pengorbanan yg telah dilakukan suatu masa dulu. Rasa terlalu sedih apabila suatu pengorbanan yg besar telah dilakukan tapi langsung tidak dihargai, sebaliknya dibalas dgn kata2 yg begitu menyakitkan hati dan melukakan hati ini. Alangkah indah andai erti pengorbanan tu dapat sama2 kita hargai dan hayati. Bukan meminta balasan atau ganjaran atas pengorbanan yg telah dilakukan, tapi cukup lah sekadar pengorbanan itu sentiasa diingati dan dihargai walaupun bukan untuk diri ini. Terlalu sedih bila mengenangkan, ada juga insan yg tidak tahu menilai erti pengorbanan yg telah diberikan padanya. Itulah lumrah manusia yg tidak pernah sedar akan kemampuan diri dan tidak pernah bersyukur atas nikmat yg diperolehi...

Sebagai contoh, kita seharusnya menghargai jasa2 pemimpin negara suatu ketika dahulu. Ini kerana, tanpa mereka, mcm mana dgn keadaan kita skrg ni? Mcm tu jugak pengorbanan seorang ibu dan ayah dlm membesarkan anak2 mereka tanpa mengira masa dan tenaga. Dan kita sebagaianak seharusnya menjaga mereka selagi ada hayat mereka sebagai tanda utk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka suatu masa dahulu....

Semoga kita sentiasa menjadi insan yg tahu menilai erti sesebuah pengorbanan dan hargailah setiap nikmat yg dikurniakan kepada kita

Friday, November 27, 2009

Rahmat Ujian Allah

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,
"Bukankah Subuh itu sudah tiba."
Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Hati Cermin Nilai Peribadi



Hati cermin nilai peribadi, jati diri
Penulis asal: Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Marilah kita sama sama memahami article dibawah untuk kita jadikan panduan.

SIFAT MAHMUDAH: Amalan membaca al-Quran perlu disemat dalam jiwa anak agar menjadi generasi beriman.

Taraf manusia bukan diukur daripada paras rupa, kekayaan, nasab keturunan
MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah terbaik dan paling sempurna kejadiannya berbanding makhluk lain yang menghuni alam ini. Dalam hal ini, Allah mengiktiraf kesempurnaan penciptaan manusia berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Tin, ayat 4 bermaksud:

Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Manusia diciptakan daripada beberapa elemen utama hingga mewujudkan identitinya sebagai manusia iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua elemen menghiasi seseorang manusia itu, ada satu unsur paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bukannya kulitnya, bentuk dalamannya bukannya bentuk luarannya dan hatinya bukannya jasadnya atau lisannya.
Oleh itu, Rasulullah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

Hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan yang lain. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hatinya.. Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi serta jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang salih mahu pun sebagai seorang yang toleh. Malahan, hati juga dianggap agen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia.. Tidak berfungsinya anggota tubuh badan manusia secara keseluruhannya adalah kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika yang lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Yang paling menarik, dalam helaian al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berdolak-dalik. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah-ubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain.. Di dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar, hak dan batil dan sebagainya.

Apabila ditinjau dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat membicarakan mengenai hal hati terutama hati yang bersih lagi suci daripada sebarang karat dosa dan maksiat. Hati yang bersih lagi suci itu ialah hati yang diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan kesyirikan dalam hatinya. Seterusnya, hati yang bersih menyakini bahawa segala apa yang wujud di alam semesta ini dicipta Allah yang Maha Berkuasa, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas sekalian alam ini.
Hati yang bersih juga adalah hati yang terhindar daripada sebarang penyakit hati seperti dendam kesumat, dengki, fitnah dan lain-lain lagi sifat yang tercela. Hati yang bersih adalah dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah. Justeru, hati ialah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mahmudah.

Rasulullah amat menggalakkan umatnya memiliki hati yang bersih ini hingga dianggap sebagai seorang manusia terbaik. Dalam hal ini, Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat:

Siapakah manusia yang terbaik. Baginda menjawab: Orang mukmin yang bersih hatinya. Kemudian baginda ditanya lagi: Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih? Lantas Nabi pun menjawab: Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan kedurhakaan dan pergkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Perlu ditegaskan Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat melakukan sesuatu kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan dan kejahatan tidak pula dilakukannya di dalam alam realiti. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya..

Selanjutnya, Allah hanya akan menilai apa diperbuat dan dilakukannya sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak. Sehubungan itu, orang tidak akan menilai lagi apa terpendam dalam hati seseorang, sebaliknya apa dizahirkan dan dilahirkan melalui anggota tubuh badan seseorang adalah cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.. Oleh itu, amalan tidak beretika dan bermoral yang semakin berleluasa di dalam masyarakat kita itu adalah isyarat hati seseorang kotor, hati ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam yang sebenarnya.

Pernah berlaku peristiwa seperti diriwayatkan Sahl bin Sa'ad berkata: Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebelah Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini? Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki daripada kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat. Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu mengenai orang ini pula? Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah daripada kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.

Jelas kisah dipaparkan itu bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriahnya, bukannya daripada kekayaannya, bukan daripada kemuliaan nasab keturunannya, bukan dari ketrampilannya yang menarik dan bukan pula daripada kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya. Sebaliknya, neraca piawaian yang sebenarnya di sisi Allah ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya, buah amal yang dihasilkan pepohon iman dibajai dengan keikhlasan, ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah.

Thursday, November 26, 2009

Lelaki...oh lelaki

10 jenis lelaki yg perlu dijauhi
Renungkan sedikit panduan berikut untuk membantu anda mencari pasangan. Wanita perlu berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang disenaraikan ini:

1. Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius".

Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya.

Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2. Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.

Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

3. Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra.

Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang.

Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.

4. Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.

Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakah anda di hatinya?

5. Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.

Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

6. Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing.

Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

8. Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda.

Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri.

Ada masalah yang remeh pun hendak diberitahu, menghantar SMS atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

9. Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu.

Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda di bawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

10. Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padanya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya.

Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.

Maaf ye kepada semua pembaca blog ni yg bergelar "LELAKI" ;)

Ujian buat kita...

Masalah...masalah...masalah...

Kenapa kita acapkali dihujani dgn pelbagai masalah? Kenapa masalah seperti ini mesti wujud dlm hidup ku? Kenapa masalah ni terlalu berat utk dipikul olehku? Kenapa org lain takda masalah seberat ini? Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaa???

Kenapa manusia seringkali dibelenggu dgn pelbagai masalah? Ada masalah kecil...ada masalah besar...kdg2 smpai rasa tertekan dan mula hilang pertimbangan dan syaitan pun mula main peranan sehingga ada yg jadi smpai bunuh diri...Kenapa jadi sampai mcm tu sekali?

Sedih la bila dgr kes2 bunuh diri ni dimonopoli oleh kaum yg seagama dgn kita. Di mana pertimbangan kita? Di mana kewarasan akal dan fikiran yg telah dianugerahkan pada kita sebagai manusia? Di mana hilangnya pegangan agama?

Kdg2 kita selalu terlupa dan terleka dgn nikmat dunia sehingga pelbagai permasalahan ini hadir atas kesilapan dan kedhaifan diri kita sendiri. Dan kita juga sering terlupa, kadangkala, pelbagai masalah yg hadir dlm kehidupan kita ini merupakan salah satu ujian dan dugaan dari Allah utk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita sebagai hambaNya...Kadang2 Allah sengaja uji kita dgn pelbagai masalah utk menyedarkan kita supaya lebih mendekatkan diri padaNya...

Bila sendirian, sy seringkali terfikir, alangkah seronoknya kalu dpt jadi seperti burung, terbang ke sana kemari tanpa perlu fikir tentang masalah yg menimpa diri...
Alangkah seronoknya jadi seperti budak kecil, tak perlu membebankan diri dgn pelbagai masalah duniawi...

Tetapi, sebagai hamba Yang Esa, kita x mampu mengubah takdir dan qada' dan qadar Allah. Kerana setiap ujian yg diberikan oleh Allah ini pasti ada hikmah disebaliknya yg kita sendiri x tahu. Allah juga memberi ujian ini pada kita kerana Dia tahu kita mampu utk menanggungnya...

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (keupayaannya)....."
Surah Al-Baqarah : 286


Tapi apa yg pasti, setiap masalah dan ujian itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa yg penting, kita kena sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya dipermudahkan segala2nya utk kita, di samping bersabar dgn segala ujian dariNya...Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar ;)

ujian Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 25, 2009

Cuti...

Salam buat kawan2 dan pembaca setia blog mencari nur kasih ni...

Hari ni x pegi mana2...bosan jugak dok umah ni...ish x smpai seminggu cuti sekolah tapi dah bosan....huhu...mcm mana ni erk?...

Kan best kalu dpt pegi jalan2 cuti2 Malaysia ke...jalan2 pegi oversea ke...jalan2 tgk movie ke...jalan2 shopping ke...jalan2 dgn kawan2 lama yg dah lama sgt x jumpa....rindu sgt2 dgn diorang semua...tapi xda teman la...huhu...;(
sebab semua kawan2 bukannya keje cikgu mcm saya...semuanya keje lain...huhu...sedih la...;(

Tuesday, November 24, 2009

Shopping @ Jalan San Peng ;)

Salam buat kawan2...

Hari ni pun kena dtg skola coz nak kena settle kan keje2 yg belum selesai sebelum cuti sekolah dgn amannya ;)

Mmmm...lepas settle keje, ada pulak kwn2 ajak pegi 'cuci mata' kat jln san peng....ok jugak tu coz hari ni xda plan apa2....so terus je kata setuju nak join my friends ;)

Sampai je kat sana mmg la terlalu rambangnya mata bila tgk mcm2 jenis handbag, LV, Coach, Gucci...semuanya harga murah2....sy ni kalu bab handbag tu mmg bleh dikatakan gila la jugak ;)....x bleh tahan kalu tgk handbag2 ni...mesti nak beli jugak....hehehe

Bila tgk baju pun sama la jugak...x bleh tahan....tapi ongkos ku nggak ada...huhu...so x bleh la nak beli bnyk2.....;) maybe next time kot....insyaAllah ;)

Monday, November 23, 2009

Meeting ;(

salamz...

hari ni ada meeting kat skola...huhu...nervous jgak bila diumumkan nama2 yg pegang kelas utk tahun 2010...tetiba...

alamak...nama ku x disebut...huhu...so where's my place actually? ;(
no more class teacher...so sad...huhu

Sunday, November 22, 2009

Apa Yg Ku Mahu???

Apa yg ku mahu???...Kalu nak ikutkan hati dan nafsu ni mcm2 yg sy mahu dlm hidup ni. Tapi itu lah lumrah alam. Manusia x pernah puas dgn apa yg dia perolehi dlm hidup ini. Kdg2 selalu terfikir org lain lebih beruntung dgn apa yg diperolehi tapi kita x pernah bersyukur dgn apa yg kita ada. Entah2 org lain pula rasa kita beruntung dgn apa yg kita ada, who knows...rite? Tapi secara jujurnya, i have my own dreams...Impian dan cita2 yg mungkin akan sy capai suatu hari nanti, berkat doa dan kesungguhan serta keizinan dariNya..insyaAllah...;)

1. First of all, sy mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga mcm insan lain. Ada keluarga bahagia.



2. Kalau nak ada keluarga, mesti la ada calon suami betul x? Sy mengimpikan agar sy dipertemukan jodoh dgn seorang lelaki yg memenuhi ciri2 lelaki impian sy, yg mmpu terima diri sy seadanya, yg boleh membimbing sy dan keluarga ke jalan yg diredhaiNya dan yg terbaik dariNya...;)



3. Nak beli kereta idaman ku selama ini....Honda Civic Type R



4. Nak beli rumah banglo mewah....



5. Nak tunaikan haji bersama keluarga dan ibu tersayang...



6. Last but not least, nak jadi manusia yg berguna dan memberi faedah pada insan lain...dan nak berubah menjadi seorang wanita solehah serta menjadi hambaNya yg sejati dan sentiasa dirahmati Allah....



Semoga segala impian dan cita2 ku ini akan tercapai suatu hari nanti...Amin Ya Rabbal Alamin...

Saturday, November 21, 2009

Berdoalah...

Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.

Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”

Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.

Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Saya pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan saya melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka saya meminta kepada ALLAH agar saya diberikan keputusan 9A.

Akhirnya saya dapat 9A.

Sewaktu SPM, saya sekali dalam kesempitan. Saya berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan saya keputusan yang teruk.

Akhirnya, saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, saya punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya saya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. Ada pelajaran yang saya langsung tak pernah lulus, tetapi dalam SPM saya dapat C5.

Saya rasa suka. Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu.

Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.

Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.

Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.

Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.

Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:

“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”

MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.

Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.

Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.

Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.

Graduation Day...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi peluang utk bernafas lagi pada hari ni...Seperti yg dirancangkan, hari ni ada program di sekolah, Majlis Graduasi Tahun 6. Walaupun keputusan UPSR tahun ni agak menurun, tapi alhamdulillah dgn berkat dan kesabaran guru2 yg mendidik anak2 murid ni akhirnya berjaya jugak mendapat 5A dan 4A1B. Alhamdulillah...Walaupun saya ni x mengajar tahun 6, tapi saya turut sama tumpang gembira dgn kejayaan anak2 murid sekolah ni. Moga guru2 tahun 6 ni akan terus berusaha mencapai kejayaan yg lebih cemerlang tahun depan insyaAllah...Sekalung tahniah buat murid2 yg telah berjaya dan sekalung penghargaan buat guru2 yg telah banyak berkorban segala2nya utk anak2 murid tersayang ;)

Dan hari ni juga alhamdulillah saya sempat 'mengexplore' dan 'merenovate' blog saya supaya nampak lebih menonjolkan diri saya yg sebenar...hehe...ok tak agak2 nya ek? ;)
Kenapa ada ros? Sebab sy mmg suka sgt2 dgn redrose. Kenapa ek? Entah la. Biasa la perempuan dan bunga mmg x dpt dipisahkan. Lagi2 org seperti sy ni yg dikatakan 'minah jiwang' ni...hehehe...

Kenapa ros? Kalau nak diikutkan mmg ada bnyk jenis bunga kat Malaysia ni contohnya, carnation, lily, jasmin, bunga raya etc. Tapi bagi saya, dlm bnyk2 bunag tu, ros jgak yg mendapat tempat di hati sy...:)

Kenapa warna merah? Sebab sy mmg suka ros yg berwarna merah walaupun bunga ros kat Malaysia ni ada mcm2 colour...Dan setiap color bagi ros tu ada mcm2 makna yg tersirat. Mcm tu jgak dgn ros yg berwarna merah.

Rasanya dah terjawab soalan2 yg bakal ditanya kepada saya memandangkan blog sy ni dah berwajah baru ;)Buat followers dan semua pembaca, kalau ada komen yg membina tu bleh la share dgn sy supaya sy bleh improve blog sy ni di masa akan dtg ;)

Thursday, November 19, 2009

Salahkah Aku???

Dingin hembusan bayu,
Mengulit kenangan lalu,
Di suatu ketika,
Ketika kasih sedang berlagu,
Ketika rindu menusuk di kalbu,
Kau hadir dalam hidupku...

Ku tak pernah menduga,
Ku tak pernah menyangka,
Perasaan suci ini hadir buat dirimu,
Ketulusan dan keikhlasan hatiku,
Hanya untukmu...


Ikatan janji tersemat di hati,
Janji kita sehidup semati,
Akhirnya terlerai jua kerna keadaan memaksa,
Perpisahan menjadi noktah terakhir buat kita...

Ku tahu diri ini tak cukup sempurna,
Ku sedar diri ini tak punya rupa dan harta,
Tapi salah kah aku...
Salahkah aku,
Andai perasaan ini wujud buat seorang insan bernama lelaki,
Yang tahu menghargai diri ini,
Yang mampu menyayangi diri ini sepenuh hati,
Yang mampu menjaga ku hingga ke akhir hayat nanti...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Andai jodohku buat seorang hambaMu,
Jodohkanlah ku dgn insan yg mencintaiMu...
Jodohkanlah ku dgn insan yg mencintaiku keranaMu...
Abadikan lah ikatan suci ini,
Sesuci kasih Adam dan Hawa,
Yang kekal bahagia hingga ke syurga...
Amin Ya Rabbal Alamin...


Wanita dan Airmata



Assalamualaikum wbt...buat semua pembaca...

Terlebih dahulu, sy mohon maaf andai post sy kali ini bercerita mengenai kaum wanita juga seperti sebelum ini...bukannya berniat utk 'berat sebelah', tapi cuma sekadar berkongsi pengalaman mengenai wanita dan airmata yg sy peroleh dari email saya....

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dari Tuhannya dia mengetahui...

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kau tahu:
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Kata-kata ini sekadar memberi renungan buat kaum wanita dan kaum lelaki supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata.

Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik...

Tuesday, November 17, 2009

Sesuci kasihmu Hawa...

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera buat semua pembaca...

Bicara hati hari ni sungguh teruja utk sy bercerita mengenai diriku seorang wanita. Hati yg penuh dgn kelembutan, bersifat penyayang, penuh sopan dan santun, keanggunan dan keayuan yg terserlah bila berbicara...
Itulah Hawa yg diidamkan oleh seorang Adam...(tapi itu bukan diriku...) hehe

"Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung."

Begitu indahnya anugerah Allah buat seorang wanita. Bersyukurlah wahai wanita dengan anugerah dan kurniaanNya kerana kita dijadikan sebagai seorang wanita ;)

Bermula dengan anak kecil, tingkah dan laku sering dijaga dengan penuh perhatian oleh kedua ibubapa kerana seorang anak kecil perempuan pasti diterapkan dgn penuh sifat pemalunya sejak dari kecil. Sentiasa berpakaian ala2 skirt bagi menyerlahkan sifat keperempuanan yg ada pada diri. Sejak dari kecil juga kadangkala diajar utk memakai tudung bagi ayah dan ibu yg mementingkan aurat bagi anaknya. Syukur alhamdulilllah...

Pabila meningkat ke alam persekolahan, mula bercampur dan bergaul dgn kanak2 yg berlainan jantina. Tapi setiap pergaulan pasti ada batasnya kerana sedari kecil telah diajar supaya tidak boleh menyentuh kawan yg berlainan jantina selain ahli keluarga sendiri. Haram hukumnya...

Pabila meniti ke alam remaja, alam yg penuh dgn pancaroba serta onak dan duri. Peranan ibubapa sangat penting pada waktu ini kerana anak2 perempuan terutamanya, lebih memerlukan perhatian dari kedua ibu dan ayah. Pada masa ini, anak2 sudah mengetahui apa yg baik dan apa yg buruk, apa yg halal dan apa yg haram. Pergaulan anak2 perempuan juga harus dipantau dari semasa ke semasa. Bukan bertujuan utk mengongkong kehendak dan kemahuan anak tapi mahukan anak2 sentiasa berada di landasan yg betul. Silap langkah, buruk padahnya. Kerana pada waktu inilah, pengaruh rakan sebaya sgt kuat. Kalau baik rakannya, maka baiklah anaknya, begitu juga sebaliknya.

Melangkah ke alam dewasa, sudah mengenal erti cinta, kasih dan sayang. Rasa diri perlu dihargai dan disayangi oleh seorang insan bernama lelaki. Alam percintaan yg penuh dgn rasa suka dan duka...penuh onak dan duri...Mak selalu kata,
"Kalau dah ada yg berkenan tu, terus je masuk meminang...senang sikit...x baik nak usung anak dara org ke hulu ke hilir, x manis dipandang org..."
Betul cakap mak tu, waktu2 darah manis ni kalau ada org yg berkenan tu terus je suruh masuk meminang. Sebab selalu dgr org kata, bukan senang nak jaga anak perempuan ni...lebih senang nak jaga sekandang lembu daripada menjaga seorang anak perempuan...betul ke? Mungkin sbb wanita ni dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. Bila akal yg satu tu x mmpu nak kawal 9 nafsu, mmg parah la jawabnya. Betul x?

Selepas berumahtangga, tanggungjawab tu dah jadi bertambah besar bila dah ada seorang suami...sebab syurga seorang isteri ialah di bawah tapak kaki seorang suami. Tapi dengan syarat suami tu mestilah seorang yg soleh dan sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya....(seperti yg diidamkan oleh ku..hehe) Makan, minum dan keperluan seorang suami perlu sentiasa dijaga oleh seorang isteri.

Tanggungjawab menjadi bertambah besar bila dah ada anak sendiri...tanggungjawab wanita sbg seorang ibu kepada anak2 amatlah besar. Saya pun x berani nak cerita panjang lebar sbb saya sendiri pun belum berumahtangga lagi. Mmmm bila la agaknya erk? Hehe...

Apa2 pun, naluri dan hati wanita ni sebenarnya terlalu lembut dan sensitif. Hati wanita sangat mudah terguris dan terluka berbanding dgn lelaki. Bila sekali terluka, bukan mudah utk merawatnya. Wanita seperti saya memerlukan masa utk mengubati hati yg pernah terluka. Wanita juga lebih setia berbanding lelaki. Bila kesetiaan dan kejujuran itu di khianati walau hanya sekali, bukan mudah utk melupakannya...

"Maafkan ku wahai Adam...
Aku bukanlah seorang hawa yg cukup sempurna sifatnya...
Bukan lah juga seorang wanita yg cukup sopan ketika berbicara...
Ku hanya seorang hamba yg sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan...
Ku hanya seorang hamba yg sentiasa leka dan lalai dgn nikmat dunia...
Aku hanya perhiasan dunia...
Dan aku bukanlah sebaik2 manusia...
Bnyk lagi yg perlu ku perbaiki kelemahan pada diri ini...
Bnyk lagi yg perlu ku pelajari dlm hidup ini...
Ku perlu bimbinganMu...Ku perlu rahmat dan hidayahMu
Untukku menjadi bidadari di taman syurga yg kekal abadi....Amin..."


Wanita solehah Pictures, Images and Photos

Monday, November 16, 2009

Kenapa org boleh berubah?


Kenapa org boleh berubah?

Kenapa perasaaan org boleh berubah dlm waktu singkat?

[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]
ckp.. busy... xde kredit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...

[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan...saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."

[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]
kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."

[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata miss col, msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia....sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, kenapa dengan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x
berkata apa2 sebab hati membara.

[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...

[HARI NI]
kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.

[HARI NI]
kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar...lembab..."

Semua ni pernah berlaku kan?
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat kehidupan....
susah nak cari seseorang yang benar2 memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg boleh gantikan tempat dia...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....
nak buat mcm mana....
redha je la... walau hati benar2 terluka.....
Hanya Allah yg tahu...

Cuma kita perlu pegang pada satu je...
"Kalau kita sayangkan seseorang, kita lepaskan dia pergi,
kalau dia dtg balik pada kita, maknanya dia adalah untuk kita....
tapi kalau dia pergi tinggalkan kita, maknanya dia bukan utk kita..."


Allah lebih tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya ;)

jatuh cinta Pictures, Images and Photos

Sunday, November 15, 2009

Cikgu...oh Cikgu...

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hari ni tiba2 terdetik dlm hati ini nak cite pasal profession perguruan. Bila cakap pasal guru dan pendidik ni mesti sinonim dgn wanita kan? Kenapa ek? Entah la...maybe sebab seorang wanita ni mungkin bersikap lebih penyayang dan penyabar compared tu lelaki...betul ke? hehehe...Jgn mare ek cikgu2 lelaki sekalian...Itu mungkin tanggapan dan persepsi dari seorang guru wanita seperti saya...hehehe

Sebenarnya seorang guru memerlukan bnyk sikap dan perangai positif dalam diri utk mendidik anak2 bangsa. Diantaranya, bertanggungjawab, dedikasi, sabar, penyayang, berdisiplin, tegas dan bnyk lagi...Saya ni pun masa study dulu tak pernah terfikir utk menjadi seorang guru dan pendidik. Saya sendiri tak yakin dgn kebolehan diri sama ada saya mampu untuk menjadi pendidik atau tidak. Kalau ikutkan hati cita-cita saya masa study dulu nak jadi seorang engineer tapi ramai yg kurang setuju dgn cita-cita dan impian saya tu sebab mereka kata saya ni tak cukup ganas nak jadi seorang engineer...yeke? entah la..saya pun tak tahu...;)

Habis je study, ada jugak cuba2 minta kerja sana sini, pergi interview sana sini ditemani ibu dan arwah ayah tersayang. Last sekali pegi interview kat Keretapi Tanah Melayu dgn post civil engineer. Tapi takde rezeki kat situ. Lepas tu cuba2 jugak minta KPLI ambilan Januari 2006. Alhamdulillah saya telah dipanggil utk mengambil peperiksaan MTest pada Ogos 2005 dan dipanggil utk menghadiri interview di Maktab Perguruan Raja Melewar di Seremban, dan Alhamdulillah permohonan saya telah berjaya utk menjadi seorang guru dan ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sg. Petani, Kedah.

Kehidupan di maktab sgt2 menyeronokkan sebab kat situ la saya belajar bagaimana utk menjadi seorang guru. Tapi pengajian selama setahun tidak cukup memberi pengalaman buat saya. Tapi apa2 pun alhamdulillah pada tahun 2007 saya dipostingkan di dalam negeri Selangor. Alhamdulillah rezeki saya murah sbb dapat posting dekat dengan rumah ;)

Tahun pertama mengajar memang agak kekok sebab berhadapan dgn anak2 kecil. Saya ditugaskan utk mengajar murid2 tahun 2. Bukan mudah berhadapan dgn anak2 murid yg kecil ni sbb saya sendiri tak ada anak...hehehe...Pengalaman demi pengalaman mengajar saya utk menjadi seorang yg lebih sabar utk menghadapi kerenah anak2 kecil yg saya anggap seperti anak saya sendiri. Dan alhamdulillah sekarang ni tahun ketiga saya menjadi seorang guru. Impian saya agar anak2 bangsa kita akan menjadi suatu generasi yang cerdik dan pandai suatu masa nanti....aminn ;)

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih